Mat Kilau tidak kalah pada British dan pihak British juga gagal untuk membunuh beliau

Mat Kilau tidak kalah pada British dan pihak British juga gagal untuk membunuh beliau

Mat Kilau tidak kalah pada British dan pihak British juga gagal untuk membunuh beliau.

Mat Kilau berundur bukanlah kerana takut kepada British, bahkan beliau memilih untuk hidup di tempat baharu dengan nama yang baharu.

Di sana sini ada ramai pengkhianat bangsa yang bekerja untuk penjajah pada ketika itu.

Bukan sahaja British yang memburu beliau, malahan orang Melayu sendiri termasuk pihak istana telah menghantar orangnya untuk memburu Mat Kilau.

Mat Kilau tidak kalah pada British dan pihak British juga gagal untuk membunuh beliau

Mat Kilau telah di’cop’ sebagai penderhaka oleh British dan kuncu-kuncunya. Beliau terpaksa mengasingkan dirinya dan berpindah dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain.

Sejak 1930, Mat Kilau terpaksa menukar namanya beberapa kali dan yang terakhir beliau memakai nama Mat Siam.

Pada Disember 1969, Allah telah menggerakkan hati Mat Kilau untuk memperkenalkan dirinya yang sebenar.
Ketika itu beliau memegang kad pengenalan diri dengan nama Mohamad Bin Ibrahim.

Bagi mengelakkan publisiti, beliau bersetuju untuk mengumumkan dirinya di kampung kelahirannya.

Pahlawan Melayu yang ulung ini pergi ke Masjid lama Kampung Tawar, Jerantut untuk bersolat Jumaat pada 26 Disember 1969.

Selepas bersolat Jumaat, beliau membaca al Quran dan kemudian mengisytiharkan dirinya sebagai Mat Kilau.
Pengisytiharan ini telah menggemparkan orang ramai sehingga kerajaan Pahang telah bertindak menubuhkan sebuh jawatan kuasa untuk menyiasatnya pada Januari 1970.

Pada 6 Ogos 1970, Mat Siam telah diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang, Raja Tan Sri Yahya Mohd Seh.

Beliau meninggal dunia empat hari selepas pengiktirafan terhadap dirinya, kerana beliau sudah terlalu uzur pada usia sekitar 122 tahun.

Sumber : Prof. Dr Zainur Rashid Zainuddin

Baca Lagi:

Wajah sebenar Mat Kilau setelah muncul kembali pada tahun 1969

Ikan pelik tanpa wajah yang pertama kali ditemui pada 1873

Lapan wanita Kelantan dipercayai ‘tukar wajah’ selepas diburu polis kes bunuh dan rompak

CATEGORIES