Imam didakwa bogel depan kanak-kanak, remaja perempuan di perkarangan surau

Imam didakwa bogel depan kanak-kanak, remaja perempuan di perkarangan surau

Imam didakwa bogel depan kanak-kanak, remaja perempuan di perkarangan surau.

Seorang imam di sebuah surau di Limbongan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Melaka, di atas tiga pertuduhan berbogel di depan kanak-kanak dan remaja perempuan.

Lelaki berusia 60 tahun itu didakwa melakukan kesalahan berbogel di depan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dan remaja perempuan berusia 13 tahun di perkarangan surau itu pada 28 Mei lalu.

Pada Selasa, tertuduh menghadapi dua pertuduhan iaitu salah satunya mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (AKKSKK) 2017, di mana sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan sebat.

Satu lagi kesalahan mengikut Seksyen 15(a)(i) AKKSKK 2017 memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda maksium RM20,000 atau kedua-duanya.

Imam didakwa bogel depan kanak-kanak, remaja perempuan di perkarangan surau

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu terhadap mangsa berusia empat tahun di surau berkenaan antara 3.30 petang hingga 6 petang, pada 28 Mei lalu.

Bagi pertuduhan kedua, lelaki itu didakwa melakukan kesalahan sama terhadap mangsa berusia 13 tahun antara 5 petang hingga 5.30 petang di stor surau sama pada hari sama.

Bagi pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa melakukan amang seksual bukan fizikal terhadap dua mangsa sama di tempat dan waktu sama.

Pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Maziah Joary Mohd Tajudin, dan tertuduh diwakili peguam Muhammad Mustapa.

Mahkamah membenarkan jaminan RM22,000 bagi semua pertuduhan dengan syarat tambahan tidak boleh mengganggu mangsa.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret, tertuduh didakwa atas pertuduhan memiliki video lucah dalam telefon bimbit di Balai Polis Melaka Tengah, kira-kira 8.45 malam, pada 2 Jun lalu.

Lelaki itu mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan yang dibacakan di hadapan Majistret Mazana Sinin.

Mahkamah kemudian membenarkan ikat jamin RM1,000.

Semua kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 17 Julai depan bagi serahan dokumen.

Baca Lagi:

Rakyat India makin ganas hina Nabi, sebar karikatur menghina

Dah jadi macam ‘tiger show’, aksi tayang dan tepuk punggung 4 usahawan produk dikecam netizen

Hampir 50,000 kontraktor tak baharui lesen kerana bahan binaan naik harga

CATEGORIES