Pelawak legenda Hamid Gurkha meninggal dunia

Pelawak legenda Hamid Gurkha meninggal dunia

Pelawak legenda, Hamid Gurkha, 87, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, hari ini.

Hamid atau nama sebenarnya Abdul Hamid Abdul Rahman disahkan meninggal dunia akibat penyakit tibi dan beberapa komplikasi lain.

Berita pemergian Hamid disahkan anak bongsunya, Nor Ashita 47.

Nor Ashita memberitahu ayahnya meninggal dunia, 2.19 petang tadi.

Pelawak legenda Hamid Gurkha meninggal dunia

“Pak Hamid dah tak ada. Doakan agar rohnya dicucuri rahmat. Oksigen dia tiba-tiba menurun. Tiba-tiba doktor telefon kata nak jumpa, bila jumpa saja terus doktor kata dia dah tak ada,” katanya.

Nor berkata, doktor mengesahkan arwah bapa mempunyai penyakit tibi dan beberapa komplikasi lain.

“Kami reda atas pemergian arwah,” katanya.

Isnin lalu Harian Metro melaporkan Hamid atau lebih mesra disapa Pak Hamid menjalani rawatan di wad pemantauan HTAR, Klang sejak Khamis lalu. Beliau ditahan di wad berkenaan akibat masalah kesihatan paru-paru yang dialaminya.

Sebelum ini, Hamid dilaporkan sakit dan hanya terlantar di rumahnya akibat dijangkiti Covid-19 sebelum dimasukkan ke wad berikutan masalah kesihatan paru-paru.

Pelakon yang mula dikenali menerusi filem Panglima Badol pada 1978 tidak mengalami penyakit kronik.

Hamid dan Timah Abdul Hamid, 80, mendirikan rumah tangga enam dekad pada April 1957.

Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan lapan cahaya mata, namun dua daripadanya meninggal dunia. Beliau juga dikurniakan 32 cucu dan 18 cicit.

BACA JUGA : Tular video lori tersangkut di kabel, jadi perhatian orang ramai

Dah jadi macam ‘tiger show’, aksi tayang dan tepuk punggung 4 usahawan produk dikecam netizen

Dua pekerja pembersihan stadium JDT maut

CATEGORIES