3 sekawan menyelam macam ikan tanpa tabung oksigen, terjumpa sesuatu dalam laut

3 sekawan menyelam macam ikan tanpa tabung oksigen, terjumpa sesuatu dalam laut

3 sekawan menyelam macam ikan tanpa tabung oksigen, terjumpa sesuatu dalam laut.

Panorama luar biasa!

Begitulah yang dapat digambarkan mengenai pengalaman Muhammad Mikhail Shahariman, 27, yang menyelam berhampiran sebuah bangkai pesawat di dasar laut Pulau Lang Tengah, Terengganu pada 2 Jun lalu.

Senang disapa Mikhail, dia berkata pengalaman menyelam di lokasi itu cukup mendamaikan, apatah lagi dia tidak menggunakan sebarang peralatan skuba, sebaliknya menahan nafas secara normal sahaja.

“Saya pergi pada 2 Jun lalu. Pada mulanya saya pergi ke Pulau Bidong, kemudian kami lapan orang naik bot ke Pulau Lang Tengah. Saya turun menyelam berhampiran pesawat itu bersama dua lagi rakan.

“Kami menyelam tak pakai tangki oksigen, hanya tahan nafas sebab kami free diver. Tak lama pun, dalam seminit setengah ke dua minit saja kami menyelam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Kami masuk juga ke dalam body pesawat, tapi ruang pada cermin depan tu agak kecil, jadi sebagai langkah keselamatan, saya berada kat dalam tu sekejap saja. Perasaan masa tu memang sangat teruja.

“Biasanya sebelum ini kami menyelam dekat bangkai kapal, kali ini ada pesawat. Warna kuning pada pesawat juga sangat menyerlah di dasar laut. Kalau air keruh pun boleh nampak dengan jelas,” ujarnya kepada mStar.

Menurut penyelam itu, dia yang ditemani dua rakan, Muhammad Al Rasyid Mohd Azmi, 27 dan Farizi Pathi, 31, turut membuat rakaman video dasar laut ketika aktiviti berkenaan untuk disimpan sebagai kenang-kenangan.

3 sekawan menyelam macam ikan tanpa tabung oksigen, terjumpa sesuatu dalam laut

Bercerita lanjut, perancang kapal yang bekerja di Selangor itu berkata dia mula menceburi dunia dasar laut kira-kira tiga tahun lalu, malah berhasrat menjadikan aktiviti free diving lebih popular di negara ini.

“Kalau ikutkan saya certified sebagai free diver pada tahun lepas. Tapi saya dah mula diving sekitar tahun 2019. Dah dua ke tiga tahun.

“Kepuasan memang berbeza antara scuba diving dan free diving. Kalau scuba, kita masih boleh bernafas lagi dalam air. Free diving ni kena tenang. Sejujurnya kita akan rasa lagi dekat dengan hidupan laut.

“Ketenangan dalam air tak boleh dapat dekat darat. Padahal saya juga suka hiking. Kepuasan antara darat dan laut sangat berbeza.

“Selain untuk kenangan, saya juga kongsi video aktiviti free diving di media sosial untuk orang ramai tengok, agar mereka tahu bahawa semua orang pun boleh menyertainya. Sebabnya, kat Malaysia tak banyak lagi yang buat free diving,” ujarnya.

Tambah Mikhail, dia juga bersedia memberi tunjuk ajar jika ada individu di luar sana yang berminat untuk mempelajari teknik free diving dengannya.

3 sekawan menyelam macam ikan tanpa tabung oksigen, terjumpa sesuatu dalam laut

“Nak free diving, pertamanya kena ada asas berenang. Kena berani dengan air yang dalam, yang dasarnya tak menyentuh kaki. Kalau nak ikut kursus, boleh je cari mana-mana instructor yang ada dalam Malaysia.

“Kalau nak hubungi saya pun boleh. Saya sedia beri tunjuk ajar. Yang penting kena berani mencuba. Dan golden rule dalam free diving, jangan pernah menyelam sendirian. Kena ada yang teman untuk elak apa-apa risiko dalam laut.

“Setakat ini saya belum jumpa apa-apa benda seram. Pernah terserempak jerung depan muka, tapi kita tak boleh panik,” ujarnya lagi.

3 sekawan menyelam macam ikan tanpa tabung oksigen, terjumpa sesuatu dalam laut

Untuk rekod, pesawat ringan yang ditenggelamkan oleh kumpulan penyelam Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD) Malaysia sebagai tukun rekreasi itu turut disenaraikan dalam The Malaysia Book of Records (MBR).

Memiliki kepanjangan sekitar 10 meter dan lebar sayap 12 meter, ia ditenggelamkan di lokasi tersebut untuk menggalakkan pembiakan hidupan laut serta menjadi tarikan buat para penyelam.

Proses itu dilaksanakan bermula 19 hingga 12 Mei lalu dan merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Baca Lagi:

Dah cari padah menyelit depan lori, selamba berhenti tengah jalan konon rakam bukti

“Jumpa dekat akhirat nanti ya” lelaki pertikai siapa buat prosedur nikah di Malaysia macam ni

Memalukan! Di luar negara, orang guna ‘water removal tool’ Di Malaysia, guna penyodok sampah penyodok sampah tolak air bertakung

CATEGORIES
TAGS