Anak perempuan kepada pasangan suami isteri yang dibunuh, ditemui semula selepas 40 tahun

Anak perempuan kepada pasangan suami isteri yang dibunuh, ditemui semula selepas 40 tahun

Anak perempuan kepada pasangan suami isteri yang dibunuh, ditemui semula selepas 40 tahun.

Seorang anak perempuan kepada pasangan suami isteri di Amerika­ Syarikat (AS) yang mayat mereka­ ditemui di Texas pada 1981 didapati masih hidup dan sihat selepas lebih empat dekad, lapor stesen penyiaran CNN kelmarin.

Mayat Tina Gaul Linn Clouse dan Harold Dean Clouse Jr. dari Florida ditemui di sebuah kawasan hutan di Houston, kata pejabat Peguam Negeri Texas, Ken Paxton dalam satu kenya­taan.

Bagaimanapun, identiti pasangan yang menjadi mangsa pembunuhan itu tidak dapat dikenal pasti sehingga 2021 menerusi kerja-kerja pasukan forensik genealogi daripada pertubuhan Identifinders International.

Waris pasangan suami isteri tersebut menghabiskan masa beberapa dekad untuk menge­tahui keberadaan mereka sejak tahun 1980. Anak perempuan kepada pasangan itu juga tidak ditemui bersama mayat mereka.

Selepas lebih 40 tahun, Holly yang kini berusia 42 tahun telah ditemui oleh Pejabat Peguam Negeri Texas.

 Anak perempuan kepada pasangan suami isteri yang dibunuh, ditemui semula selepas 40 tahun

“Saya berdoa selama lebih 40 tahun dan Tuhan memakbulkan sebahagiannya. Kami telah menemui Holly,” kata nenek kandung Holly, Donna Casasanta dalam satu siaran berita.

Holly telah dimaklumkan tentang identiti ibu bapa kan­dungnya dan berhubung de­ngan keluarga besarnya, kata pejabat peguam berkenaan.

Kenyataan sama bagaimanapun tidak memperincikan tentang kehidupan Holly sepanjang tempoh 40 tahun yang lalu. Ahli-ahli keluarga Holly hanya memberitahu dalam sia­ran berita bahawa dia mempunyai kehidupan yang sempurna dan dijaga dengan baik.

Siasatan terhadap kematian ibu bapanya masih berjalan, kata Pejabat Peguam Negeri Texas. Sesiapa yang mempu­nyai maklumat berkaitan kes itu diminta untuk menghu­bungi Unit Kes Lampau dan Orang Hilang.

Baca lagi:

Wanita cedera dirempuh kereta di kaunter stesen minyak, pemandu tersalah tekan pedal minyak

Sajat buat hal lagi, kali ni tayang body di TikTok

‘Ubat pengasih’ dijangka berada dalam pasaran tiga hingga lima tahun lagi

CATEGORIES