Persoalan angkat tangan ketika doa khutbah Jumaat, perlu angkat tangan atau tak?

Persoalan angkat tangan ketika doa khutbah Jumaat, perlu angkat tangan atau tak?

Persoalan angkat tangan ketika doa khutbah Jumaat, perlu angkat tangan atau tak?

Soal :

Adakah benar khatib yang sedang membaca doa khutbah jumaat tidak disunatkan mengangkat tangannya sebagaimana biasa disunatkan mengangkat tangan ketika berdoa? Jika benar tidak disunatkan sila datangkan dalilnya.

Jawab :

Memang benar khatib tidak disunatkan mengangkat kedua tangannya ketika membaca doa khutbah jumaat.

Diriwayatkan dari ‘Ammarah bin Rub’ah beliau ketika melihat Bisyr bin Marwan berdoa dan mengangkat tangannya di atas mimbar khutbah lalu berkata ‘Ammar semuga Allah burukkan kedua tangannya kemudian berkata ‘Ammar :

لَقَدْ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ مَا يَزِيدُ عَلَى أَنْ يَقُولَ بِيَدِهِ هَكَذَا. وَأَشَارَ بِإِصْبَعِهِ الْمُسَبِّحَةِ

Artinya : “Sungguhnya aku telah melihat Rasulullah saw tidak menambah lebih dari sekadar ini sambil mengisyaratkan dengan jari telunjuknya.” (Hadith Muslim)

Maka hukum khatib mengangkat tangan ketika berdoa ialah makruh sebagaimana disebut olih kebanyakkan ulama.

Soal :

Apakah hukumnya makmum mengaminkan doa khatib pada khutbah jumaat yang kedua?

Sunat hukumnya makmum mengucapkan amin ketika khatib membaca doa dalam khutbah jumaat yang kedua.

Dari Habib bin Masalamah r.a. katanya ;

سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ: لاَ يَجْتَمِعُ قَوْمٌ مُسْلِمُوْنَ يَدْعُوْ بَعْضُهُمْ وَيُؤَمِّنُ بَعْضُهُمْ إِلاَّ اسْتَجَابَ اللهُ دُعَاءَهُمْ. رواه الطبراني في الكبير و الحاكم في المستدرك

artinya : “Aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda : Tiadalah berhimpun satu kaum Muslimin berdoa sebahagian dari mereka itu dan mengucap amin olih sebahagian yang lain melainkan memperkenankan olih Allah akan doa mereka.” (Hadith At-Thobarani & Al-Hakim)

Soal :

Adakah benar para makmum yang mendengar khatib membaca doa dalam khutbah jumaat juga dilarang dari mengangkat kedua tangan ketika itu kerana hadith ‘Ammarah bin Rub’ah di atas?

Jawab :

Tidak benar. Makmum yang sedang mengaminkan doa khatib tidak dilarang mengangkat kedua tangannya. Hadith ‘Ammarah bin Rub’ah diatas hanyalah menceritakan larangan ke atas khatib yang berada di atas mimbar. Ada pun makmum maka tidak termasuk dalam larangan hadith tersebut dan tidak ada hadith yang lain yang melarang makmum mengangkat tangan ketika mengaminkan doa.

Persoalan angkat tangan ketika doa khutbah Jumaat, perlu angkat tangan atau tak?

Para ulama berselisih pada hukum mengangkat kedua tangan olih makmum ketika khatib membaca doa khutbah.

Pendapat pertama mengatakan tidak disunatkan mengangkat tangan kerana tiada hadith yang menyebut secara jelas menyuruhnya.

Pendapat kedua mengatakan sunat mengangkat tangan kerana diqiaskan dengan angkat tangan pada ketika berdoa di masa lain.

Pendapat ketiga mengatakan harus hukumnya mengangkat tangan kerana tidak ada hadith yang melarangnya..

Olih itu terpulang kepada makmum samada mahu mengangkat tangan ketika khatib membaca doa atau tidak mengangkat tangan.

Kesimpulan :

– Khatib tidak disunatkan mengangkat kedua tangannya ketika
membaca doa dalam khutbah yang kedua sembahyang
jumaat.

– Makmum tidak dilarang mengangkat tangannya ketika khatib
membaca doa khutbah tersebut.

– Setengah ulama berkata makmum tidak disunatkan
mengangkat tangan ketika khatib membaca doa.

– Setengah ulama berkata makmum disunatkan mengangkat
tangan ketika khatib membaca doa.

– Setengah ulama berkata makmum harus mengangkat tangan
ketika khatib membaca doa.

– Tidak ada ulama yang berkata makmum wajib mengangkat
tangan ketika khatib membaca doa.

– Tidak ada ulama yang berkata haram makmum mengangkat
tangan ketika khatib membaca doa.

– Makmum disunatkan mengaminkan doa khatib ketika khutbah.

Wallahua’lam

Baca Lagi:

Bengang tak dapat nombor telefon, lelaki tendang remaja perempuan sampai tisu lutut terkoyak

Kantoi! Suami buat perbuatan terkutuk dengan perempuan lain di rumah sendiri semasa isteri bekerja

Anggota Rela terakam pontianak, suara mengilai di terowong baru siap

CATEGORIES