Bengang tak dapat nombor telefon, lelaki tendang remaja perempuan sampai tisu lutut terkoyak

Bengang tak dapat nombor telefon, lelaki tendang remaja perempuan sampai tisu lutut terkoyak

Bengang tak dapat nombor telefon, lelaki tendang remaja perempuan sampai tisu lutut terkoyak.

Dayus betul awak buat perempuan macam tu.

Demikian kapsyen ditulis pada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tular memaparkan seorang lelaki menendang bahagian lutut seorang remaja perempuan yang merupakan pekerja di sebuah restoran dalam kejadian pada Ahad.

Ketika dihubungi mStar, kakak kepada mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Fiza memperincikan semula apa sebenarnya yang berlaku kepada adiknya, Nadrah dalam video yang dimuat naik di TikTok.

“Adik saya baru berusia 14 tahun. Dia tengah cuti sekolah sekarang ni dan buat kerja sambilan untuk cari duit belanja.

“Ada seorang lelaki ni selalu datang dan kacau adik saya tengah kerja. Dia kerap minta nombor telefon dan ganggu tapi adik saya tak layan.“Dalam rakaman CCTV tu mula-mula dia maki adik saya dengan panggilan ‘betina si**’. Nadrah tak boleh terima kena macam tu jadi dia tengking semula ‘Kau kenapa!’ terus dia naik kaki lepas tu tendang adik saya,” dakwa Fiza.

Bengang tak dapat nombor telefon, lelaki tendang remaja perempuan sampai tisu lutut terkoyak

Selepas menendang Nadrah, lelaki berusia 42 tahun itu dikatakan terus beredar keluar dari kedai makan tersebut yang terletak di kawasan Mersing, Johor.

Berikutan kejadian tersebut, adik Fiza terus menghubungi ibu mereka untuk menceritakan kejadian yang telah berlaku sebelum membuat laporan polis.“Kalau kawan lelaki tu tak halang dia daripada terus tendang adik saya, tak dapat bayangkan apa akan jadi lagi lepas tu. Lepas mereka berdua keluar, adik terus telefon mak maklumkan kena tendang dengan lelaki tu. Mak ambil dan bawa adik pergi buat laporan dekat balai polis.

“Lepas siap buat report polis minta mak bawa adik pergi hospital. Tisu lutut adik saya terkoyak sebab kena terajang dua kali. Lelaki tu pakai kasut tapi saya tak pasti kasut apa.

“Sekarang adik saya dah tak pergi kerja sebab trauma dengan lelaki tu lepas dia ugut nak pukul kalau jumpa tepi jalan. Kasihan adik saya pergi kerja nak cari rezeki bukan nak menggatal dengan lelaki. Tiba-tiba boleh jadi macam ni pula,” jelas Fiza dengan rasa penuh terkilan.

Menurut Fiza, sebagai kakak, dia berasa sangat berang dengan tindakan lelaki tersebut yang menendang adiknya apatah lagi dia merupakan seorang perempuan.

Tambahnya, setelah laporan polis dibuat, lelaki berkenaan berjaya ditangkap pada keesokan harinya

Bengang tak dapat nombor telefon, lelaki tendang remaja perempuan sampai tisu lutut terkoyak

tangkap layar perbualan Fiza dan adiknya

Apa-apa pun saya harap lelaki tu dapat balasan setimpal atas perbuatan tak bermoral dia terhadap adik saya ni. Saya harap perkara yang sama takkan berulang terjadi dekat orang lain pula,” ujarnya.

Baca Lagi:

KKM, pakar patologi kulit UPM bantu kaji penyakit misteri Ustaz Kazim

[VIDEO] Peniaga pasar malam terkejut terima ‘duit pelik’ berkepala dua dari pelanggan

[VIDEO] Berkira RM50 nak bayar clamp punya pasal, habis jahanam kereta

CATEGORIES