Pengemis terkaya! Mengemis lebih 13 tahun berjaya kumpul lebih RM150,000

Pengemis terkaya! Mengemis lebih 13 tahun berjaya kumpul lebih RM150,000

Pengemis terkaya! Mengemis lebih 13 tahun berjaya kumpul lebih RM150,000.

Seorang pengemis di Indonesia didakwa memiliki wang simpanan mencecah 490 juta rupiah (RM149,069).

Tribunnews melaporkan kisah itu tular dan menjadi bualan netizen di laman sosial selepas gambar dua buku simpanan Bank Mandiri dan Bank Sulutgo miliknya tersebar.

Pengemis berkenaan bernama Lutfi Haryono berusia 47 tahun yang menetap di bandar Gorontolo.

1DA71671 9EF7 4883 B3FE E8AA7EDA0B19 e1654569035717

Susulan kisah tular itu, Lufti dipanggil polis untuk memberi keterangan di Balai Polis Lurah Ipilo bandar Gorontalo pada 2 Jun lalu.

Jurucakap polis, Bripka Romi berkata, dalam keterangannya, Lutfi mengaku wang simpanan dalam kedua-dua bank itu adalah miliknya.

“Menurut Lutfi, dia suka memaksa penduduk untuk mendapatkan wang.

“Soal siasat dilakukan juga mendapati Lutfi sudah mengemis lebih 13 tahun iaitu selepas berpisah dengan isterinya.

“Lutfi menggunakan wang hasil mengemis untuk keperluan peribadi seperti membina rumah,” katanya.

Menurutnya, Lutfi mengaku, wang itu bukan sepenuhnya hasil mengemis kerana pernah bekerja di sebuah kedai makan.

Lutfi juga berhasrat untuk berhenti mengemis dan akan berniaga di warung serta berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu.

Baca Lagi:

6 anak jadi yatim piatu, ibu bapa OKU dirempuh pemandu mabuk

Pemilik Yamaha RXZ tawar ‘swap’ motosikal kesayangannya dengan Triton atau Hilux

Netizen puas hati tengok kereta Alphard dihimpit Bas, ini makan dia suka parkir ikut suka

CATEGORIES