Siapa kata pakai baju Melayu tak boleh pergi konsert rock? – Tengku Zafrul

Siapa kata pakai baju Melayu tak boleh pergi konsert rock? – Tengku Zafrul

Siapa kata pakai baju Melayu tak boleh pergi konsert rock? – Tengku Zafrul.

Kesibukan sebagai Menteri Kewangan tidak menghalang, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz untuk menyaksikan konsert kumpulan rock lagenda tanah air Seach di ibu negara malam tadi.

Dengan berbaju Melayu lengkap bersampin, Tengku Zafrul tetap hadir untuk memberikan sokongan dan mengucapkan selamat maju jaya kepada Search.

“Siapa kata pakai baju Melayu tak boleh pergi konsert rock?

Siapa kata pakai baju Melayu tak boleh pergi konsert rock? – Tengku Zafrul

“Saya bila dengar Search nak buat konsert, memang teringin nak pergi. Tapi banyak sangat program, jadi memang tak ada kesempatan.

“Tapi saya curi juga peluang antara program, singgah nak tegur dan ucapkan selamat maju jaya kepada Search. Pakai baju Melayu pun, baju Melayu lah,” kongsinya dalam satu hantaran di laman Facebook, hari ini.

Menurutnya, memang Covid-19 sangat hebat kesannya kepada penggiat seni termasuk selama dua tahun tidak dapat membuat persembahan.

“Memang kering poket. Terpaksa cari sumber rezeki lain untuk sara keluarga.

“Dengan peralihan ke fasa endemik ni, seronok saya dengar band tempatan seperti Search sudah boleh buat persembahan secara live.

“Saya yakin mereka juga rindu untuk bertemu dengan peminat. Lagi best bila dengar Amy cerita, konsert dua hari mereka di Zepp Kuala Lumpur sold out!,” katanya.

Tengku Zafrul juga melahirkan rasa kagumnya terhadap Search yang masih mempunyai aura bukan sahaja di Malaysia, malah di rantau Asia Tenggara.

“Bukan peminat di Semenanjung Malaysia sahaja yang hadir, malah ada juga yang datang dari Sabah dan Sarawak semata-mata nak tengok Search. Itu belum kira dari overseas macam Brunei dan Singapore. Begitulah kuatnya pengaruh Search.

“Syabas saya ucapkan kepada Amy, Man Kidal, Hillary Ang dan Nasir Daud di atas kejayaan ini dan Insya-Allah, saya akan cuba hadir konsert Search pada masa akan datang,” katanya.

Baca lagi: 

Sepasang kekasih diikat pada tiang, disebat 20 kali selepas rakaman video lucah tular

VIDEO : Anak ahli politik kena pukul tengah jalanraya kerana memotong

Tular video Adun Kijal bergurau pegang kemaluan, Adun Chukai buat laporan polis

CATEGORIES