[VIDEO] Dua termasuk kakitangan KKM sedang menukar tayar kereta maut dirempuh lori

[VIDEO] Dua termasuk kakitangan KKM sedang menukar tayar kereta maut dirempuh lori

[VIDEO] Dua termasuk kakitangan KKM sedang menukar tayar kereta maut dirempuh lori.

Tindakan dua lelaki termasuk seorang kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menukar tayar kereta yang pancit di Kilometer 11.5 Jalan Kuala Selangor-Kuala Lumpur, dekat Bukit Rotan, di sini, berakhir dengan tragedi apabila mereka maut dirempuh sebuah lori, semalam.

Dalam kejadian 4 petang itu, kedua-dua mangsa berusia 55 dan 40 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Ramli Kasa berkata, siasatan mendapati tayar Proton Preve dinaiki kakitangan berusia 55 tahun yang juga penyelia KKM di Seremban, Negeri Sembilan sebelum itu, dikatakan pancit.

Katanya, lelaki berusia 40 tahun yang memandu Proton Wira datang ke tempat kejadian dan cuba untuk membantu.

“Tidak lama selepas itu, sebuah lori dari arah Kuala Selangor ke Kuala Lumpur dipercayai mengelak ke kanan selepas melihat beberapa orang di bahu kiri jalan.

“Pada masa sama, sebuah kereta Mercedes datang dari arah belakang sebelah kanan lori (titik buta) menyebabkan pemandu lori cuba mengelak kereta ini.

“Kenderaan berat itu kemudian melanggar kedua-dua mangsa di tepi jalan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurut Ramli, semua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat mereka dibawa ke Hospital Tanjong Karang (HTK) untuk bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Sementara itu, video berdurasi 15 saat memaparkan kejadian berkenaan tular di Facebook, sejak semalam.

Baca Lagi:

Anwar punca PH kalah – Tun M

‘Kakak’ bertelekung merah jambu curi telefon dalam surau rupanya lelaki

Lelaki terkejut beli nasi lemak RM1.50 mengandungi ‘lauk istimewa’

CATEGORIES