Kerap bermimpi sebagai penceramah agama dan menjejakkan kaki ke Tanah Suci, Makkah, pemuda cina ini peluk Islam

Kerap bermimpi sebagai penceramah agama dan menjejakkan kaki ke Tanah Suci, Makkah, pemuda cina ini peluk Islam

Kerap bermimpi sebagai penceramah agama dan menjejakkan kaki ke Tanah Suci, Makkah, pemuda cina ini peluk Islam.

Seorang pemuda Cina memeluk Islam selepas kerap bermimpi ditauliah sebagai penceramah agama dan menjejakkan kaki ke Tanah Suci, Makkah.

Mohd Dylan Yap Abdullah, 24, atau nama sebenarnya Yap Sheng Mei telah melafazkan dua kalimah syahadah pada 14 tahun Mei lalu, selepas lapan tahun ‘jatuh cinta dalam diam’ terhadap Islam. Mohd Dylan yang mengakui ketenangan luar biasa dialami sebaik bergelar seorang muslim kini sedang mendalami Islam di Institut Dakwah Islamiah Perkim (IDIP), Pengkalan Chepa, di sini.

Beliau berkata, tarikannya terhadap agama Islam adalah bermula sejak belajar di sekolah menengah, tambahan pula apabila seorang rakannya pernah menghadiahkan sebuah buku mengenai kisah 25 nabi dan rasul.

“Rakan meminta saya memahami apa yang ada dalam buku itu dan sehari demi sehari selepas membacanya, tarikan semakin kuat untuk mengenali dengan lebih mendalam mengenai Islam. “Dalam buku itu ada dinyatakan mengenai peraturan dalam Islam, solat lima waktu dan segala yang baik mengenai Islam.

876</

“Namun ketika itu pemahaman saya masih belum jelas dan tiada sesiapa yang boleh dirujuk sehingga tahun lalu saya diberi petunjuk oleh Allah melalui mimpi yang sama selama empat bulan membuatkan saya nekad memeluk Islam.

“Sebaik bergelar saudara baharu, saya belajar mengenai Islam di sebuah surau berhampiran rumah di Sepang, Selangor selama enam bulan sebelum ditawarkan ke IDIP,” katanya seperti dilapor portal Berita Harian. Mohd Dylan berkata, tindakannya memeluk Islam masih belum diketahui secara jelas oleh ahli keluarga, sebaliknya hanya mengetahui hasrat untuk bertukar agama sahaja.

Beliau mengakui sebelum ini pernah menyuarakan hasrat untuk memeluk Islam, namun ditent4ng habis-habisan terutama ibu yang beberapa kali meng.ugut untuk membun0h diri sekiranya hasrat itu diteruskan. “Bagaimanapun, percaturan Allah sudah ditetapkan saya tetap nekad memeluk Islam,” katanya yang meletakkan jawatan sebagai penyelia di sebuah pasar raya di Selangor demi menuntut ilmu di IDIP yang memakan masa selama tiga tahun.

Beliau yang sudah bertunang dengan seorang gadis dari Klang, Selangor berkata, beliau telah pulang ke rumahnya baru-baru ini ketika cuti perayaan Tahun Baharu Cina, namun menghamp4kan apabila layanan diterima sudah tidak semesra dulu. Mohd Dylan juga hanya mendiamkan diri ketika dias4k keluarga yang bertanyakan sama ada dirinya sudah memeluk Islam atau belum susulan khuat1r dengan u.gutan ibunya sebelum ini.

“Saya berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke Jordan suatu hari nanti dan jika diberi peluang, ingin berkhidmat di mana-mana institusi agama Islam,” katanya.

Baca Lagi:

‘Kakak’ bertelekung merah jambu curi telefon dalam surau rupanya lelaki

Anwar punca PH kalah – Tun M

[VIDEO] Dua termasuk kakitangan KKM sedang menukar tayar kereta maut dirempuh lori

CATEGORIES