Tular senarai 4 calon untuk ganti Zuraida sebagai menteri

Tular senarai 4 calon untuk ganti Zuraida sebagai menteri

Tular senarai 4 calon untuk ganti Zuraida sebagai menteri.

Bersatu dilapor sedang mempertimbangkan empat calon untuk menggantikan Zuraida Kamaruddin sebagai menteri industri perladangan dan komoditi.

Tular senarai 4 calon untuk ganti Zuraida sebagai menteri

Sinar Harian memetik sumber berkata empat pemimpin itu ialah Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan, bekas menteri dan Ahli Parlimen Alor Gajah Mohd Redzuan Md Yusof, Ahli Parlimen Masjid Tanah Mas Ermieyati Samsudin dan Pengerusi Bersatu Terengganu Razali Idris.

Laporan itu mendakwa Wan Saiful menjadi pilihan utama dalam perlumbaan kali ini dan penggalnya sebagai pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi (PTPTN) akan tamat hujung bulan ini.

Tular senarai 4 calon untuk ganti Zuraida sebagai menteri

Jika perdana menteri mahu melantik Wan Saiful ke jawatan ini, maka dia perlu menjadikannya senator terlebih dahulu, kata sumber itu.

Jelasnya lagi, ini tidak mustahil memandangkan kuota Bersatu untuk jawatan senator masih belum diisi.

Tular senarai 4 calon untuk ganti Zuraida sebagai menteri

Pada 26 Mei, Zuraida mengumumkan dia keluar Bersatu untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM), berkata diaakan membincangkan peletakan jawatannya sebagai menteri kabinet bersama Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Zuraida kini sedang bercuti di luar negara dan Ismail Sabri berkata dia kekal sebagai anggota kabinet sekurang-kurangnya sehingga mereka dapat bertemu dan membincangkan perkara itu dengan lebih lanjut.

Tular senarai 4 calon untuk ganti Zuraida sebagai menteri

Sementara itu, Sinar Harian melaporkan Razali juga calon lain yang berkemungkinan kerana kontraknya sebagai pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu (Ketengah) sudah tamat.

Prospek lain ialah Mas Ermieyati, yang sudah pun menjadi timbalan menteri undang-undang di Jabatan Perdana Menteri.

Tular senarai 4 calon untuk ganti Zuraida sebagai menteri

Bagaimanapun, sumber itu berkata sekiranya Mas Ermieyati menggantikan Zuraida, ia akan membuka satu lagi kekosongan.

Bagi Mohd Redzuan, sumber itu memberitahu Sinar Harian bahawa peluangnya tipis walaupun berpengalaman sebagai menteri kabinet.

Ini kerana dia pernah dikaitkan dengan isu kereta terbang, kata sumber itu.

Baca Lagi:

PANAS !!! Video Azwan Ali maki Yusuf Azmi dan sahabat, sekali ini respon balas Yusuf Azmi

Lelaki lamar teman wanita dengan hantaran RM90,000, set barang kemas, sebidang tanah sawah

Berang staf tak ambil ‘order’, pelanggan mengamuk gertak staf dengan pisau

CATEGORIES
TAGS