Maki polis, lima sekeluarga didenda RM12,500

Maki polis, lima sekeluarga didenda RM12,500

Maki polis, lima sekeluarga didenda RM12,500.

“Salah seorang daripada kumpulan berkenaan bagaimanapun mengeluarkan kata-kata kesat dan ugutan menyebabkan polis terpaksa manahan kesemua tertuduh.”

Padah menghalang tugas polis dan mengeluarkan kata-kata kesat, lima sekeluarga didenda RM12,500 selepas mengaku salah di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Nabihah Mohd. Noor menjatuhi hukuman itu terhadap tertuduh, Zakaria Kadir K.V Raja, 60, dan tiga anaknya, Nor Ain, 36; Ahmad Hafizi, 25, dan Ahmad Hafizan, 19, serta menantu, Putrawirawan Irwan, 40.

Maki polis, lima sekeluarga didenda RM12,500

Seorang lagi tertuduh iaitu cucunya berusia 15 tahun turut membuat pengakuan sama, namun mahkamah menangguhkan hukuman dan menetapkan tarikh 4 Julai depan bagi serahan laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh secara bersama didapati dengan sengaja menghalang tugas empat anggota polis di kawasan kompaun Balai Polis Batu Berendam kira-kira pukul 1 pagi, 26 Mac lalu.

Bagi tindakan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, pengadu yang juga anggota polis cuba meleraikan kekecohan yang dicetuskan sekumpulan individu yang berada di dalam kompaun Balai Polis Batu Berendam.

Salah seorang daripada kumpulan berkenaan bagaimanapun mengeluarkan kata-kata kesat dan ugutan menyebabkan polis terpaksa manahan kesemua tertuduh.

Terdahulu, kesemua tertuduh yang tidak diwakili peguam membuat rayuan secara berasingan dengan memberikan pelbagai alasan termasuk tidak bekerja, menghidap penyakit kronik dan perlu menyara empat anak yang masih bersekolah, bagi mendapatkan hukuman ringan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Ehsan Nasarudin kemudian memohon mahkamah menjatuhi hukuman setimpal sebagai pengajaran dengan mengambil kira kesalahan dilakukan terhadap penjawat awam adalah serius.

Selepas mendengar rayuan kedua belah pihak, mahkamah menjatuhi hukuman denda sebanyak RM2,500 terhadap setiap tertuduh atau penjara empat bulan jika gagal bayar.

Baca Lagi:

Pengawal keselamatan ditahan, menyamar jadi pegawai tentera kerana nak pikat janda dalam kem

Ini cara macam mana 7 bandar utama dunia buat untuk selesaikan masalah ‘traffic jam’ mereka

Lelaki lembut luah rasa kecewa di TikTok, ditertawakan ketika solat di surau

CATEGORIES