Pemuda ditemui maut dalam McLaren depan pusat hiburan jalan Pudu

Pemuda ditemui maut dalam McLaren depan pusat hiburan jalan Pudu

Pemuda ditemui maut dalam McLaren depan pusat hiburan jalan Pudu.

Seorang lelaki ditemui mati dalam sebuah kereta mewah McLaren yang disewa di hadapan sebuah pusat hiburan di Jalan Pudu petang tadi.

Mayat lelaki warga tempatan berusia 28 tahun dan berasal dari Klang itu ditemui orang awam sebelum menghubungi polis mengenai kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya ketika dihubungi MalaysiaGazette berkata, pada masa ini pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian tersebut.

“Berdasarkan siasatan awal polis mendapati kereta mewah yang digunakan oleh mangsa adalah kereta sewa, jadi kita masih menyiasat kes ini dari segala sudut berhubung penemuan mayat.

“Setakat ini, kes ini telah diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan setakat ini tiada sebarang unsur jenayah ditemui,” katanya ketika dihubungi malam tadi.

Menurutnya, tiada sebarang kesan kecederaan ditemui pada badan mangsa.

Pemuda ditemui maut dalam McLaren depan pusat hiburan jalan Pudu

Tambah Noor Delhan, mayat lelaki itu telah dihantar untuk bedah siasat di Institut Perubatan Forensik Negara di Hospital Kuala Lumpur bagi mengetahui punca kematiannya.

Terdahulu Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dalam kenyataan berkaitan berkata, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan melalui sistem MERS999 pada pukul 6.03 petang.

Bertindak atas panggilan kecemasan itu, sebuah jentera dan pasukan operasi dari BBP Pudu dengan kekuatan seramai 11 anggota bersama 1 buah jentera FRT dan sebuah EMRS bergegas ke lokasi kejadian.

Menurut Komander Operasi PBK II, Najilan Che Pa, setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian mendapati sebuah kereta model Mclaren di parkir berhadapan pusat hiburan dan terdapat mangsa seorang lelaki berumur lingkungan 30-an dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Pasukan bomba bertindak membuka pintu kereta berkenaan menggunakan peralatan khas dan pasukan perubatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” tegasnya.

@utusantvofficial Tiada sebarang kecederaan ditemui pada badan mangsa. #TrendingNewsMalaysia #beritaditiktok #fyp ♬ original sound – UtusanTV

Baca Lagi:

Kehilangan 12 tahun Anita Sarawak akhirnya terjawab

Pandu secara merbahaya dan melawan arus, pemandu BMW diburu polis

{VIDEO] Lengahkan waktu pertukaran penjaga di wad, lelaki dan pengawal keselamatan bergaduh di pekarangan Hospital

CATEGORIES
TAGS