Instafamous dicekup tempah pondan menari separuh bogel

Instafamous dicekup tempah pondan menari separuh bogel

Instafamous dicekup tempah pondan menari separuh bogel.

Tindakan seorang instafamous menempah sekumpulan penari pondan bagi sambutan rumah terbuka Aidilfitri di Centralwalk I-City di sini membawa padah apabila dicekup, semalam.

Suspek yang juga pengusaha kosmetik di kenali Cik Lala berusia 27 tahun itu ditangkap selepas pihak polis menerima laporan daripada pengurus Badan Pengurusan Bersama (JMB) apartmen berhampiran berhubung insiden tarian separuh bogel penari pondan dan pembakaran bunga api.

Insiden tidak bertanggungjawab itu turut tular di aplikasi TikTok.

Instafamous dicekup tempah pondan menari separuh bogel

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, berdasarkan siasatan kejadian berlaku antara pukul 8 hingga 11.30 malam, Jumaat lalu di sebuah dewan aras bawah Centralwalk I-City.

Katanya, sekumpulan pondan telah membuat tarian separuh bogel diikuti dengan muzik yang kuat serta terdapat pembakaran bunga api di kawasan awam berhampiran rumah penduduk.

“Penganjur program itu dikenali dengan panggilan Cik Lala telah menyewa unit berkenaan pada harga RM4,000.

“Ini adalah bagi majlis hari raya dengan mempunyai jemputan kira-kira 50 orang kenalannya,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Kata beliau, tarian oleh penari pondan separuh bogel dan pembakaran bunga api tersebut dianjur oleh suspek..

Jelas Mohd. Iqbal, perbuatan itu disifatkan telah menjatuhkan imej I-City sebagai salah satu tarikan pelancong di Selangor.

“Suspek kini direman sehingga esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 6 Akta Bahan Letupan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya.

Baca Lagi:

Buat ‘content’ gunting rambut orang awam, Aaron Aziz mengamuk nak lempang Content Creator

Kehilangan 12 tahun Anita Sarawak akhirnya terjawab

Profesor Amerika sanggup terbang ke Pulau Pinang ingin memeluk Islam

CATEGORIES