Harga lembu korban Aidiladha dijangka naik 50 peratus

Harga lembu korban Aidiladha dijangka naik 50 peratus

Harga lembu korban Aidiladha dijangka naik 50 peratus.

Harga haiwan korban kini naik sehingga 50 peratus di Jakarta, sempena Raya Aidiladha yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Kenaikan harga ini disebabkan oleh banyak haiwan ternakan yang dijangkiti penyakit kuku dan mulut (FMD) di beberapa daerah di Jakarta.

Lembu korban perlu kuarantin 14 hari

Harga lembu korban Aidiladha dijangka naik 50 peratus

Menerusi laporan Utusan, Mufti Bangkit Sanjaya, seorang penternak menjelaskan bahawa dulu harga bagi 400kg lembu boleh didapati dengan harga 20 juta rupiah (RM6,017), tetapi sekarang sudah naik kepada 30 juta rupiah, iaitu RM9,025.

Modal sudah meningkat 30 peratus, belum lagi modal pusingan dan margin keuntungan.

Harga daging lembu bagi setiap kilogram akan meningkat 70,000 rupiah (RM21) berbanding 58,000 rupiah (RM17) sebelum ini.

Lembu korban perlu menjalani kuarantin selama 14 hari untuk memastikan setiap ekor bebas daripada FMD. Lembu yang berasal dari Aceh, Sumatera dan Jawa Timur pula tidak dibenarkan masuk kerana ini termasuk di dalam kawasan wabak FMD.

Buat peniaga pening

Harga lembu korban Aidiladha dijangka naik 50 peratus

Kenaikan harga ini bukannya sesuatu yang bagus dan menggembirakan peniaga, malah memeningkan buat peniaga-peniaga lembu.

Semoga kerajaan dapat melakukan satu inisiatif untuk rakyat dan peniaga-peniaga di luar sana.

Baca Lagi:

Akhirnya terbongkar punca sebenar KL banjir besar, DBKL jumpa sesuatu dalam longkang

Lebih 280,000 rakyat Malaysia disahkan bankrap setakat Mac 2022

Anda boleh kena saman jika menternak ayam dirumah sendiri

CATEGORIES