Anwar sudah, Najib cabar Kit Siang pula berdebat dalam Bahasa Inggeris

Anwar sudah, Najib cabar Kit Siang pula berdebat dalam Bahasa Inggeris

Anwar sudah, Najib cabar Kit Siang pula berdebat dalam Bahasa Inggeris.

Selepas mengadakan Debat Perdana dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Najib Razak hari ini melontarkan cabaran kepada veteran DAP, Lim Kit Siang untuk tampil mengadakan perdebatan secara terbuka dengannya.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, sesi perdebatan dengan Kit Siang boleh diadakan dalam Bahasa Inggeris.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Najib dilihat kurang senang dengan tindak tanduk Kit Siang yang saban hari menyerangnya, walaupun Ahli Parlimen Iskandar Puteri baru-baru ini mengumumkan bersara daripada arena politik negara.

Anwar sudah, Najib cabar Kit Siang pula berdebat dalam Bahasa Inggeris

“Kononnya dah bersara tapi tiap-tiap hari ratib Najib, Najib, Najib, Malaysia bakal gagal dan menghasut/menipu rakyat

“Pilihan raya di Filipina pun dia mahu kaitkan dengan saya. Sekiranya bukan bersara, mahu debat?

“Hari itu saya debat Anwar dalam Bahasa Malaysia tapi bagi uncle saya tawar untuk debat kamu dalam Bahasa Inggeris. On?” katanya di Facebook.

Mengulas mengenainya, Ahli Parlimen Pekan itu berkata, banyak perkara yang beliau mahu tanya kepada Kit Siang dalam sesi perdebatan itu.

Dalam hantaran sama, Najib menyenaraikan soalan yang bakal diajukan kepada Kit Siang nanti.

“Kenapa kamu meroyan lebih 10 tahun tentang kematian Teoh Beng Hock yang jatuh bangunan tapi kamu sepatah haram tidak pernah sebut tentang kematian mengejut saksi utama kes Terowong yang juga jatuh bangunan sebulan sebelum mendiang dijadualkan memberi keterangan dalam mahkamah.

“Kenapa kamu sekian lama nak tuduh dan kaitkan saya dengan pembunuhan beberapa orang tetapi selepas PRU14 kamu pula kata kamu tak pernah tuduh saya?

“Kenapa kamu kata Malaysia bakal bankrap/gagal sejak 60 tahun lalu dari permulaan karier politik sehingga kononnya kamu bersara tetapi Malaysia belum bankrap/gagal lagi?

“Kenapa kamu berpuluh tahun tuduh Tun Mahathir korup tetapi selepas bergabung dengan dia, kamu pula kata kamu tidak pernah tuduh Tun Mahathir korup?

“Saya tak pernah didakwa mencuri/merompak/ambil rasuah tetapi bawah akta AMLA sebab saya tak gunakan wang tersebut untuk kegunaan peribadi – sangat berbeza dengan anak kamu yang benar-benar didakwa minta/ambil rasuah dan penyelewengan harta bawah kanun keseksaan. Jadi, kenapa kamu gelar saya kleptokrat tetapi tak tuduh anakmu seorang kleptokrat?

“Mana pendrive?” katanya.

Pada 12 Mei lalu, Debat Perdana antara Najib dan Anwar diadakan dalam suasana harmoni dan tiada provokasi daripada penyokong kedua-dua pihak.

Debat yang mengupas adakah wajar Sapura dibantu kerajaan untuk menyelesaikan masalah kewangannya telah berlangsung di Dewan Pusat Pelancongan Malaysia (Matic) di Kuala Lumpur.

Baca Lagi:

Gaji jururawat di Singapura setanding gaji doktor pakar di Malaysia

Dua individu bertuah dari Sabah menang Toto jackpot bernilai RM 21.8 Juta

Jutawan maut depan isteri, Porsche turbo terbabas ketika mahu pecah rekod dunia

CATEGORIES
TAGS