Misteri wanita berpakaian serba putih ketuk pintu rumah penduduk sampai tengah malam

Misteri wanita berpakaian serba putih ketuk pintu rumah penduduk sampai tengah malam

Misteri wanita berpakaian serba putih ketuk pintu rumah penduduk sampai tengah malam.

Misteri wanita berpakaian serba putih yang mengetuk pintu rumah penduduk dan meminta sumbangan sehingga tengah malam akhirnya terbongkar selepas suspek ditahan pihak polis.

Lapor Tribunnews, pelaku dikenali sebagai Nurhayati Sarni yang berasal dari Pringsewu, Lampung turut memakai purdah berwarna putih dan berkacamata hitam.

Gelagat wanita berusia 40 tahun yang mengetuk pintu setiap rumah penduduk menjadi kecoh dalam media sosial.

Misteri wanita berpakaian serba putih ketuk pintu rumah penduduk sampai tengah malam

Ketua Polis Pringsewu, Rio Cahyowidi berkata, suspek yang dipercayai mengalami masalah jiwa berjaya diberkas oleh pihak polis.

Kataya, wanita yang sudah bercerai itu ditahan ketika berada di wilayah Sukoharjo.

“Kami sudah berkomunikasi dengan wanita itu dan meminta pihak keluarga juga dapat mengambil tindakan sepatutnya.

“Motifnya adalah meminta bantuan penduduk di Gading Rejo dan Sukoharjo kerana tekanan akibat berhutang sehingga puluhan juta rupiah menerusi beberapa aplikasi pinjaman dalam talian,” katanya.

Menurut Rio, kegiatan meminta sumbangan itu bertujuan melangsaikan hutang daripada 11 aplikasi pinjaman yang mencecah 39 juta rupiah (RM11,700).

Disebabkan tidak mempunyai pekerjaan, wanita itu sanggup mengunjungi rumah penduduk untuk meminta sumbangan.

“Dia tidak melakukan jenayah, sebaliknya hanya menakutkan penduduk disebabkan berpakaian serba putih.

“Wanita itu juga sudah memohon maaf dan kita sudah serahkan dia kepada ahli keluarganya,” katanya.

Baca Lagi:

Duit entah datang dari mana masuk ke akaun CIMB, individu terpaksa bayar semula RM28 ribu

Ditahan dibilik sempit selama 1 jam, Ustaz Abdul Somad tuntut penjelasan dihalang memasuki Singapura

Dua individu bertuah dari Sabah menang Toto jackpot bernilai RM 21.8 Juta

CATEGORIES