Suami terharu keempat-empat isteri saling bermaafan di pagi raya, kira duit raya depan isteri

Suami terharu keempat-empat isteri saling bermaafan di pagi raya, kira duit raya depan isteri

Suami terharu keempat-empat isteri saling bermaafan di pagi raya, kira duit raya depan isteri.

Rumahtangga yang harmoni lahirnya dari pasangan yang mempunyai komunikasi yang baik, tolak-ansur dan bertanggungjawab dalam memastikan rumahtangga yang dibina kekal bahagia.

Jika dilihat, setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga mempunyai pelbagai perjalanan rumah tangga yang berbeza.

Ada yang bahagia walaupun berkongsi kasih

Ada yang selesa mempunyai seorang isteri dan anak-anak, ada juga yang bahagia berkongsi kasih bersama wanita lain.

Ramai wanita diluar sana kurang selesa apabila mendengar perkataan madu atau berkongsi kasih atau lebih sinonim dengan poligami.

Suami terharu keempat-empat isteri saling bermaafan di pagi raya, kira duit raya depan isteri

Sambut lebaran bersama keempat isteri

Walau bagaimanapun, ada pasangan yang berpoligami dilihat bahagia berkongsi kasih dan ada diantaranya menjalinkan hubungan akrab dengan madu mereka.

Begitu juga dengan kisah keluarga Mohamad Fazil Mohd Dali yang dilihat cukup bahagia menyambut Syawal kali ini dengan keempat-empat isterinya.

Diserikan lagi dengan kehadiran 15 orang cahaya mata

Keempat-empat isterinya yang terdiri daripada Harlindam Suhana, Nur Izzati dan juga Khairatul Azwa dilihat bahagia dan akrab antara satu sama lain.

Malah keluarga besar ini turut dimeriahkan dengan kehadiran 15 orang cahaya mata yang berumur antara sebulan hingga 20 tahun.

Kesemua isterinya bermaaf-maafan di pagi raya

Menerusi beberapa video yang dikongsikan di laman Instagram Fazil, jelas kelihatan keharmonian yang terjalin pada kesemua isterinya.

Dalam video yang dikongsikan itu, kesemua isterinya saling bermaafan antara satu sama lain di pagi raya.

Suami terharu keempat-empat isteri saling bermaafan di pagi raya, kira duit raya depan isteri

Perbaiki hubungan dan salah faham yang timbul

Dikesempatan yang ada, mereka dilihat memanfaatkan peluang itu sebaiknya untuk memperbaiki hubungan jika ada perasaan cemburu atau salah faham yang timbul.

Apa yang menarik tumpuan adalah, Fazil turut berkongsi rakaman video menghulurkan duit raya buat isteri-isteri tercinta.

Suami terharu keempat-empat isteri saling bermaafan di pagi raya, kira duit raya depan isteri

Kira duit raya depan isteri

Gelagat keluarga besar itu jelas terpancar kegembiraan dengan gelak tawa apabila menerima hadiah bermakna daripada suami tercinta di pagi raya.

Malah, untuk berlaku adil kepada kesemua isterinya, Fazil tidak memberikan duit raya di dalam sampul sebaliknya mengira duit raya untuk isteri-isterinya dihadapan mereka.

Terhibur dengan gelagat keluarga besar ini

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat keluarga besar ini dan kagum dengan penerimaan kesemua isterinya.

Mereka turut kagum melihat kebahagian yang terpancar di dalam keluarga besar ini dan menitipkan doa semoga mereka terus harmoni dan bahagia.

Semoga ikatan murni dan kebahagian yang terjalin buat keluarga besar ini terus kekal bahagia hingga ke anak cucu.

Baca Lagi:

Dua individu bertuah dari Sabah menang Toto jackpot bernilai RM 21.8 Juta

“Jangan jadi penunggang agama” – Mawar Karim kirim pesanan buat ‘S’

Kalau duit hilang dalam akaun, jangan kalut dulu! Cuba try cara ni

 

CATEGORIES