Gadis ini bangkit bina banglo sendiri selepas dihina rumah macam kandang kambing..

Gadis ini bangkit bina banglo sendiri selepas dihina rumah macam kandang kambing..

Gadis ini bangkit bina banglo sendiri selepas dihina rumah macam kandang kambing..

Harta dan kekayaan sering menjadi kayu ukur buat seseorang apabila menjalinkan hubungan percintaan sehingga ada yang dihina kerana kehidupaannya yang susah ataupun tidak setaraf.

Pun begitu, sia-sialah kekayaan yang ada jika tidak mampu beradab dan sanggup merendahkan orang lain.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita kecewa ditinggalkan kekasihnya gara-gara tidak direstui oleh ibunya mencuri perhatian ramai.

Gadis ini bangkit bina banglo sendiri selepas dihina rumah macam kandang kambing..

Difahamkan, ibu lelaki tersebut turut menghina kediamannya yang dikatakan seperti kandang kambing.

Dek kerana patah hati ditinggalkan, wanita tersebut berada di titik terendah dan menangis selama berbulan-bulan serta cuba bangkit semula.

Siapa sangka, pada tahun 2022 dia dapat mendiami sebuah rumah yang jauh lebih selesa dan buktikan kepada ibu lelaki tersebut bahawa dia mampu berusaha serta tidak hanya mahu menumpang kekayaannya.

Gadis ini bangkit bina banglo sendiri selepas dihina rumah macam kandang kambing..

“di tinggalkan ibunya tak restu.. dihina rumah macam kandang.. patah hati menangis berbulan-bulan dan bangkit..”

“Alhamdulillah 2022 dapat duduk rumah sendiri.. buktikan bukan nak tumpang kekayaan kau makcik”

Wanita ini juga mengakui dia sedikit pun tidak menyimpan perasaan dendam terhadap ibu bekas kekasih yang menghinanya namun tidak dinafikan dia berasa terkilan dengan segala yang dilemparkan.

Video yang tular di laman TikTok:

@eytamindihina rumah mcm kandang kambing 🐐 bukan dendam cuma terkilan ..♬ Esok masih ada – Amsyarleee🌙

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen bangga dengan wanita ini yang bangkit semula setelah pelbagai hinaan diberikan.

Dalam masa yang sama, para netizen juga berang dengan sikap ibu bekas kekasihnya yang dianggap ‘kolot’ dan tidak berperikemanusiaan.

Tidak cukup dengan itu, netizen tidak menafikan bahawa segala hinaan mampu membuatkan seseorang itu bangkit berubah ke arah yang lebih baik dan beralih daripada zon selesa.

Berikut merupakan komen warga maya:

“hinaan orang itu sebenarnya yang merubah hidup kita.. sebab kkta boleh kuat…”

Gadis ini bangkit bina banglo sendiri selepas dihina rumah macam kandang kambing..

“nasib kita sama sis.. sekarang tengah rancang nak buat rumah sendiri.. nak buktikan yang kita tak hadap pun duit lelaki..”

Gadis ini bangkit bina banglo sendiri selepas dihina rumah macam kandang kambing..

Baca Lagi:

Tanah bernilai RM2.75 juta dijual dalam senyap! Ini yang terjadi kepada harta peninggalan Tan Sri Jins Samsudin..

Dua individu bertuah dari Sabah menang Toto jackpot bernilai RM 21.8 Juta

Kalau duit hilang dalam akaun, jangan kalut dulu! Cuba try cara ni

CATEGORIES