Peminat heavy metal melahirkan anak di konsert Metallica

Peminat heavy metal melahirkan anak di konsert Metallica

Peminat heavy metal melahirkan anak di konsert Metallica.

Seorang peminat kumpulan muzik β€˜heavy metal’ terkenal, Metallica dilaporkan melahirkan seorang bayi lelaki ketika dia menghadiri konsert kumpulan itu di Brazil, lapor akhbar Metro UK semalam.

Joice M Figueiro, ketika kejadian berada bersama peminat-peminat lain semasa kumpulan itu membuat persembahan di Estadio Couto Pereira di Brazil.

Artis tatu wanita itu berjaya mendapatkan tiket untuk menyaksikan kumpulan tersebut membuat persembahan dalam siri jelajah yang diadakan di Amerika Selatan.

Peminat heavy metal melahirkan anak di konsert Metallica

Menurut laporan, wanita itu hamil 39 minggu dan duduk di ruangan khas apabila dia mula mengalami kontraksi sejurus sebelum konsert itu tamat.

Air ketubannya dikatakan pecah ketika dia berjalan menuju ke bilik perubatan. Disebabkan tidak mempunyai masa yang banyak untuk ke hospital, Figueiro melahirkan anaknya di stadium.

Baca lagi:

Pemilik kedai runcit ditahan sorok minyak masak, tepung gandum bawah garaj

KJ tarik balik rayuan kes β€˜main belakang’ terhadap Anwar

Wanita misteri gemparkan penduduk Cyberjaya, berdiri tegak tengah jalan raya buat orang ramai seram

CATEGORIES