Kanak-kanak 7 tahun berdepan detik cemas dilarikan pesakit mental

Kanak-kanak 7 tahun berdepan detik cemas dilarikan pesakit mental.

Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun berdepan detik cemas apabila dilarikan seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) mental di hadapan restoran makanan segera di Taman Kota Masai di sini pagi tadi.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, Balai Polis Taman Scientex menerima panggilan berhubung kejadian daripada orang awam pada jam 11.30 pagi.

Katanya hasil siasatan mendapati kejadian berlaku ketika kanak-kanak lelaki itu berjalan untuk pulang ke rumah dari Sekolah Agama (SA) Taman Scientex di sini.

Kanak-kanak 7 tahun berdepan detik cemas dilarikan pesakit mental

“Suspek mempelawa mangsa menumpang motosikal untuk dihantar pulang ke rumah mangsa.

“Suspek berusia pertengahan 20-an merupakan pemegang kad OKU mental dan hasil saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Methaphetamine.

“Suspek juga dikehendaki polis bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Kamarul Zaman, polis merampas sebuah motosikal jenis Honda Dash yang digunakan suspek ketika kejadian untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda.

“Polis menasihati ibu bapa, penjaga dan pelajar sekolah agar lebih peka dan prihatin terhadap keadaan sekeliling agar perkara umpama ini tidak berulang,” katanya.

Terdahulu tular di media sosial, beberapa video berdurasi kurang seminit memaparkan seorang lelaki yang memakai kemeja-T lengan panjang melarikan kanak-kanak berkenaan di Taman Kota Masai di sini.

Baca Lagi:

Wanita misteri gemparkan penduduk Cyberjaya, berdiri tegak tengah jalan raya buat orang ramai seram

Contoh yang baik, wanita ini bagi duit raya pada rider Foodpanda OKU, terus ramai datang bagi duit raya juga…

Guru taska ditahan polis dera kanak-kanak hiperaktif

Leave a Reply

Your email address will not be published.