Sesuatu yang ‘Ganjil’ berlaku dalam PAS

Sesuatu yang ‘Ganjil’ berlaku dalam PAS

Sesuatu yang ‘Ganjil’ berlaku dalam PAS.

Jarang berlaku seseorang yang tidak berada dalam parti atau menjadi ahli parti dilantik memegang jawatan utama bukan eksekutif dalam sebuah lembaga atau syarikat milik kerajaan. Apa lagi kalau jawatan itu diperuntukan kepada orang politik.

Jawatan di syarikat atau perbadanan atawa GLC diberikan kepada orang politik sebagai menghargai jasa dan perngorbanan mereka. Syarat utama untuk ditempatkan di situ seseorang itu mesti orang kuat parti atau setidak²nya ahli parti.

Misalnya kalau lembaga atau syarikat itu dibawah sesuatu kementerian, yang dilantik itu tentu mereka yang sama parti dengan memterinya. Biasanya orang dipercayai oleh menteri itu.

Bagaimana pun apa yang berlaku di kementerian Air dan Alam Sekitar yang mana menterinya Tuan Ibrahim Tuan Man yang merupakan timbalan presiden Pas ada sedikit kelainan dan keberanian.

Pengerusi Lembaga Pengarah (DOB) syarikat Pengurusan Aset Air Berhad di bawah KASA merupakan seorang yang tidak sama parti atau berparti dengan Tuan Ibrahim. Orang itu ialah Khairuddin Aiman Razali.

Ini sedikit menghairankan kenapa Tuan Ibrahim melantkk ahli parlimen Kuala Nerus itu mengetahui DOB syarikat berkenaan sedangkan Khairuddin bukan lagi ahli Pas. Bekas menteri Perusahaan, Peladangan dan Komoditi itu telah mengumuman untuk keluar Pas seketika setelah beliau dua kali dipecat dalam Pas.

Atau apakah Khairuddin sudah rujuk semula kepada Pas? Kerana kalainan dari amalan biasa itulah ia menyebabkan pelantikan itu agak pelik sedikit. Atau pun Tuan Ibrahim menggunakan kuasa mutlaknya sebagai menteri mengambil tanggungjawab dengan pelantikan Khairuddin itu tanpa menghirau perasaan bossnya.

Sesuatu yang 'Ganjil' berlaku dalam PAS

Dalam melihat kes ini seperti Tuan Ibrahim berani membuat sesuatu keputusan di luar amalan parti. Apakah ia juga merupakan mesej bahawa timbalan presiden Pas itu tidak begitu senang dengan tindak tanduk presiden Abdul Hadi Awang yang telah memecat Khairuddin daripada jawatan Setiausaha Majlis Syura dan juga jawatankuasa kerja Pas tempoh hari?

Jika maksud pelantikan itu bermaksud begitu, ia menunjukkan Tuan Ibrahkm sudab reti dan tahu menggunakan kuasa mutlak milkiknya dan tidak lagi takut dan malu alah kepada tuan presodeng. Ia sikap positif. Dengan pelantikan Khairuddin itu juga boleh disifatkan Tuan Ibrahim sedia memecah tradisi dalam prosesnya mengambil alih tempat presiden. Horas. Trims.

Baca Lagi:

Tragedi sesi latihan silat, pelajar silat maut selepas dipukul dan ditendang jurulatih

Bekas banduan kongsi cerita pengalaman berada didalam penjara Singapura ‘macam ikan sardin dalam tin’

Bahasa Melayu mungkin akan diajar dalam Bahasa Inggeris pada masa hadapan – Pakar Bahasa

CATEGORIES