Doktor palsu dicekup tanam batang lolipop di bawah kulit wanita sebagai alat pencegah kehamilan

Doktor palsu dicekup tanam batang lolipop di bawah kulit wanita sebagai alat pencegah kehamilan

Doktor palsu dicekup tanam batang lolipop di bawah kulit wanita sebagai alat pencegah kehamilan.

Seorang lelaki Venezuela yang menyamar sebagai doktor ditahan polis kerana didakwa memasukkan batang plastik gula-gula lolipop di bawah kulit lengan berpuluh-puluh wanita.

Menurut laporan laman Oddity Central, batang plastik itu didakwa lelaki tersebut sebagai implanon hormon perancang keluarga.

Jose Daniel Lopez, 38, dituduh memperdaya sekurang-kurangnya 25 wanita yang membuat bayaran kepadanya bagi menanam batang lolipop di bawah kulit mereka sebagai alat pencegah kehamilan.

Doktor palsu dicekup tanam batang lolipop di bawah kulit wanita sebagai alat pencegah kehamilan

Penipuan Lopez bagaimanapun terbongkar apabila sebahagian daripada ‘pesakitnya’ mendapati diri mereka hamil walaupun selepas menanam alat pencegahan kehamilan seperti yang didakwa lelaki itu.

Lopez yang tidak mempunyai sebarang kelayakan dalam bidang perubatan, berjaya mendapatkan pekerjaan di pusat kesihatan di La Victoria dan Maracay, Venezuela selepas memalsukan ijazah perubatannya.

Menurut Mayo Clinic, prosedur implanon sebenar merujuk kepada implan kontraseptif yang melepaskan dos hormon progestasional yang rendah dan stabil untuk memekatkan lendir serviks serta menipiskan lapisan rahim selain mengganggu kitaran ovulasi.

Implan itu berbentuk seperti batang plastik kecil mudah lentur yang dimasukkan di bawah lengan tetapi dalam kes Lopez, ia hanya sekadar plastik keras dan tidak memberi sebarang impak kepada kitaran haid seorang wanita.

Baca lagi: 

Akibat tabiat menghidu semburan deodaran, remaja perempuan maut

Wanita ini teruk kena kecam dengan netizen sebab pakai baju raya ala ‘duyung’

Contoh yang baik, wanita ini bagi duit raya pada rider Foodpanda OKU, terus ramai datang bagi duit raya juga…

CATEGORIES