Gali kubur semata-mata mahu rogol mayat remaja perempuan OKU, 17 remaja disiasat polis

Gali kubur semata-mata mahu rogol mayat remaja perempuan OKU, 17 remaja disiasat polis

Gali kubur semata-mata mahu rogol mayat remaja perempuan OKU, 17 remaja disiasat polis.

Mayat seorang remaja perempuan dilaporkan telah dirogol oleh lelaki yang tidak dikenali dalam kejadian di kampung Chak Kamala, Gujrat.

Memetik laporan portal Opindia, Timbalan Setiausaha Agung Liga Muslim Pakistan (PMLN), Attaullah Tarar memaklumkan bahawa seramai 17 suspek telah disoal siasat setakat ini.

Menerusi kenyataan di Twitter, beliau juga memaklumkan bahawa siasatan kes itu dilakukan mengikut kaedah saintifik.

Difahamkan, kejadian yang mengejutkan itu terbongkar setelah saudara mara mangsa menziarahi tanah perkuburan dan mendapati bahawa kubur terdapat kesan digali serta jenazah didalamnya hilang.

Gali kubur semata-mata mahu rogol mayat remaja perempuan OKU, 17 remaja disiasat polis

Tidak lama kemudian, mereka menemui jenazah tersebut kira-kira 200 kaki persegi dari tanah perkuburan itu.

Mayat mangsa dikatakan berada dalam keadaan tidak bertutup dan mempunyai tanda-tanda dirogol.

Bapa saudara kepada mangsa dipercayai terus menghubungi pihak polis dan melaporkan kejadian tersebut.

Susulan itu, polis telah menjalankan siasatan namun berapa ramai suspek yang terlibat di dalam kes itu belum dapat dipastikan lagi.

Menurut laporan media tempatan, mangsa yang mempunyai kecacatan mental dan fizikal itu meninggal dunia pada 4 Mei lalu dan dikebumikan pada pukul 6 petang.

Ahli keluarga mangsa yang sedih dengan kejadian itu memohon kepada pihak berkuasa agar pelaku jenayah keji tersebut dibawa ke muka pengadilan secepat mungkin.

Sementara itu, polis juga dilaporkan sedang mencari penggali kubur untuk menahannya dan menyiasat lebih lanjut mengenai kes tersebut.

Kejadian seperti ini bukan pertama kali berlaku di Pakistan, beberapa orang lelaki yang tidak dikenali dilaporkan turut melakukan jenayah yang sama di kampung Maulvi Ashraf Chandio pada tahun 2021.

Baca Lagi:

Takdir hidup seorang anak hilang ibu bapa selang 12 jam pada Syawal kedua

Wanita dicabul dalam bas ketika perjalanan pulang dari Kelantan ke Melaka

16 pengunjung Taman Tema dilapor cedera, gelongsor air pecah tiba-tiba

CATEGORIES
TAGS