Gagal kawal situasi keadaan lapangan terbang Jeddah, CEO dipecat serta-merta

Gagal kawal situasi keadaan lapangan terbang Jeddah, CEO dipecat serta-merta

Gagal kawal situasi keadaan lapangan terbang Jeddah, CEO dipecat serta-merta.

Lembaga Pengarah Jeddah Airports memecat ketua pegawai eksekutif (CEO)nya, Ryyan Tarabzoni, dan melantik Ayman Abo Abah sebagai CEO baharu lapangan terbang Jeddah.

Lembaga Pengarah mengambil keputusan untuk menggantikan CEO selepas kegagalan Ryyan mengendalikan lapangan terbang dengan cara yang betul semasa musim puncak, termasuk cuti Aidilfitri dan musim umrah.

Gagal kawal situasi keadaan lapangan terbang Jeddah, CEO dipecat serta-merta

Lembaga itu mengadakan mesyuarat luar biasa pada hari Sabtu lalu untuk membincangkan cabaran yang muncul di lapangan terbang dalam beberapa hari lepas dan penyelesaian yang diperlukan, menurut satu kenyataan.

Abo Abah mempunyai pengalaman kerja lebih daripada 28 tahun, yang mana beliau pernah memegang banyak jawatan kepimpinan, termasuk timbalan naib presiden untuk operasi di syarikat Lapangan Terbang Riyadh.

Pada hari Khamis, Menteri Pengangkutan Arab Saudi, Saleh Al-Jasser mengarahkan jawatankuasa penyiasatan segera berhubung keadaan huru-hara di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz di Jeddah.

Sebelum ini, SaudiGazette melaporkan Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz dalam keadaan huru-hara dengan sejumlah besar penumpang yang hendak berlepas pulang, tiba sebelum penerbangan mereka dijadualkan.

Keadaan ini menyebabkan lebihan kapasiti berlaku di lapangan terbang ini.

Para penumpang yang menunggu jadual penerbangan mereka terpaksa duduk di atas lantai di ruang dan tempat letak kereta kerana kekurangan tempat duduk.

Baca Lagi:

Aksi lelaki menyamar sebagai polis buat speed trap berjaya halang pemandu bawa laju dijalan kampung

Owner BMW dedah pemandu Proton Preve buat laporan palsu demi dapatkan pampasan insurans

Gali Kubur & Rogol Mayat Remaja OKU, 17 Lelaki Disiasat Polis

CATEGORIES