Aksi peniaga selamba jawab ‘call’ ketika ditemubual wartawan cuit perhatian ramai
Aksi peniaga selamba jawab ‘call’ ketika ditemubual wartawan cuit perhatian ramai.
Minggu lalu hari raya Aidilfitri disambut dengan begitu meriah selepas dua tahun tidak dapat pulang ke kampung dan beraya bersama insan tersayang.
Meskipun dikatakan sebagai hari raya terkejut kerana disambut pada 2 Mei bukan 3 Mei namun itu tidak menjadi halangan untuk bergembira pada hari berkenaan.
Malah, kekalut yang terpaksa dilalui pada malam 2 Mei itu pastinya sangat dirasai oleh semua orang bukan sahaja peniaga-peniaga namun juga pembeli.
Selamba jawab ‘call’ ketika temubual
Baru-baru ini, tular akan satu video memaparkan seorang wartwan lokasi sedang menemubual seorang peniaga akan persiapan akhir hari raya.
Bagaimanapun, gelagat seorang peniaga yang selamba menjawab panggilan telefon ketika ditemubual itu menjadi perhatian ramai.
Dalam video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok dikenali sebagai Sanefku ini memaparkan makcik penjual lemang itu menjawab telefon ketika ditemubual wartwan di sisinya.
@sanefku♬ original sound – Sanef AKU
Lebih menarik lagi, wanita berkenaan juga sempat meminta wartawan tersebut tunggu sebentar kerana dirinya ingin menjawab panggilan telefon.
Keadaan tersebut membuatkan wartawan berkenaan terpaksa berundur dan mencari peniaga lain untuk ditemubual.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat gelagat peniaga wanita tersebut.
Malah, mereka juga memahami bahawa keadaan tersebut mungkin sedikit kalut membuatkan peniaga berkenaan memilih untuk menjawab panggilan telefon.
Duit lebih penting
Baca Lagi:
Wanita Rusia dikecam teruk selepas ‘selamba’ berbogel ambil gambar depan pokok ‘suci’ di Kuil
Bakal suami menyamar sebagai mejar sarjan, wanita rugi ditipu RM38,000
Pakwe datang nak bincang masa depan, tapi lain pula yang jadi..Kecoh satu rumah