Lelaki ini kongsi kisah dipukul ramai-ramai pekerja Nasi Kandar popular Negeri Sembilan

Lelaki ini kongsi kisah dipukul ramai-ramai pekerja Nasi Kandar popular Negeri Sembilan.

Sesi makan di restoran yang sepatutnya menghilangkan lapar dan dahaga bertukar pengalaman tidak dapat dilupakan buat pelanggan ini.

Seorang pengguna Twitter, shahrulnizammm berkongsikan pengalaman buruk beliau yang singgah makan di satu cawangan nasi kandar popular di Negeri Sembilan.

Menurutnya, pergaduhan tercetus selepas dia dan ahli keluarganya mahu membuat bayaran untuk makanan ‘tidak seberapa’ yang dijamu kepada mereka oleh pekerja restoran berkenaan.

“Its all started when we tried to make payments for the bullshit food they served us.

Kitorg plan nak singgah makan nasi goreng ayam + teh tarik. Sbb it was late at night, we arrived around 1230am, mmg lapar gila so nak singgah makan lah. Korg tgk lah kualiti food diorg served pic.twitter.com/bFSnAYyAiK

— Shahrul Nizam (@shahrulnizammm) May 5, 2022

Menurut Shahrul, mereka tiba di restoran berkenaan sekitar jam 12.30 malam. Disebabkan tiada restoran lain yang dibuka, restoran tersebut adalah satu-satunya pilihan yang ada. Namun, alangkah kecewanya mereka dengan apa yang diterima selepas pesanan sampai.

Menurutnya, nasi goreng serta megi goreng yang dihidang kosong tidak bersayur menyebabkan mereka rasa tidak berbaloi untuk membuat bayaran penuh untuk makanan yang dipesan.

Lelaki ini kongsi kisah dipukul ramai-ramai pekerja Nasi Kandar popular Negeri Sembilan

Mereka perlu membayar lebih RM50 untuk makanan yang dipesan (3 nasi goreng kosong, 2 megi goreng tiada ‘isi’ dan 1 nasi lemak kosong bersama air). Apabila disuarakan perihal makanan yang serba kekurangan, harga yang perlu dibayar ditolak menjadi RM45.

“Total was about 50++, then mak aku tanya lah, berapa harga nasi goreng tu. Dia cakap rm6. Mak aku bising lah, apa benda yg mahal sgt sampai rm6. Dia kurang kan singgit, tapi total still 45++. Utk 3 nasi goreng kosong, 2 maggi koreng takde isi langsung, dgn nasi lemak kosong

— Shahrul Nizam (@shahrulnizammm) May 5, 2022

Sebelum berlalu, ibu Shahrul telah memberi komen bahawa harga tersebut masih mahal dan tidak suka dengan harga tersebut. Secara tiba-tiba, ibunya disergah oleh penjaga kaunter membuatkan Shahrul marah dan menghempas kotak tisu kosong di kaunter.

Shahrul kemudiannya bertekak dengan pekerja berkenaan sebelum mendakwa dirinya di dipegang oleh 5 hingga 6 orang pekerja di situ dan kemudiannya dipukul oleh lelaki ‘gangster’.

“Memang panaslah hati aku. First, kau jerkah mak aku. Second we are the customer. Itu ke cara kau respond to complaint? Lepas dia jerkah mak aku, mmg aku mengamok, aku maki dia, then amek kotak tisu kosong, hempas atas kaunter. Takde kene siapa pon.

— Shahrul Nizam (@shahrulnizammm) May 5, 2022

“Waktu kecoh2 kene pegang tu, ada 5-6 org pekerja dia yg lain main tumbuk curi from the back and side. Sampai luka jugak lah muka aku, leher, bahu tangan semua. Aku mmg tak sempat buat pape, tangan, leher aku semua kene pegang. Bukan sorg, 4-6 org in one time pegang aku pic.twitter.com/goUUJsrO1q

— Shahrul Nizam (@shahrulnizammm) May 5, 2022

Beliau turut mendakwa turut dipukul curi oleh pekerja yang memegangnya sehingga meninggalkan kesan luka di leher, bahu, tangan dan muka.

Selepas pergaduhan itu, beliau telah membuat panggilan kepada polis dan polis tiba di tempat kejadian 10 minit kemudian. Ajaibnya, semua pekerja yang terlibat dalam pergaduhan tadi menghilangkan diri. Ketika membuat laporan polis di balai, polis bertugas turut berkata pekerja restoran berkenaan memang ‘bermasalah’ dan sudah ada kes yang sama berlaku sebelum ini.

“Masa dekat balai tu, ada lah 2,3 org polis yg tanya. Bila aku sebut je nama kedai tu, respon semua org sama.” Ohhh kedai tu mmg macam tu, pekerja mcm gangster, very rude” even one of the police pon baru kene a day before.

— Shahrul Nizam (@shahrulnizammm) May 5, 2022

Ketika di balai, pemilik restoran berkenaan tiba di balai dan lagaknya seperti sudah biasa, tidak takut dan mengenali anggota polis di situ.

Berkali-kali pihak restoran berkenaan mahu perkara itu selesai secara ‘settle tepi’ serta mahu ‘bayar ganti rugi’ kepadanya tetapi keluarga Shahrul menolak dan mahu insiden yang berlaku menjadi pengajaran buat restoran tersebut.

“And so that org laim tak kene pulak. Sbb bukan satu cerita weh. Sumpah korg google je lah nama kedai ni, banyak jugak complaint. Puji2 an semua yg 2-3 tahun lepas. (Ada mention sabah sbb gangster dia tu org sabah) pic.twitter.com/LlPQOXwEDY

— Shahrul Nizam (@shahrulnizammm) May 5, 2022

Selepas laporan dibuat, kertas siasatan telah dibuka. Shahrul berkata ketika menulis perkongsian ini, beliau sudah menjangka akan menerima pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang menyokong dan ada yang kata ‘kerana mulut badan binasa’.

Beliau tidak berharap semua akan berpihak kepada dirinya cuma Shahrul tidak mahu apa yang terjadi kepada dirinya berlaku kepada orang lain. “Ia bukan kerana wang, tetapi kejujuran dalam bisnes. Setiap duit yang saya buat adalah daripada titik peluh sendiri. Berapa ramai lagi yang akan tertipu tetapi diam sahaja?” tulisnya.

Beberapa netizen lain turut berkata servis di restoran berkenaan memang kurang bagus dan apabila ditegur, mereka tidak boleh terima.

Ketika ramai peniaga yang tutup kedai kerana sambutan Hari Raya Aidilfitri bukan tiket untuk sesebuah restoran menawarkan servis atau hidangan yang tidak berkualiti. Semoga insiden ini jadi pengajaran buat semua.

Baca Lagi:

Jumpa segulung duit RM100, ramai mengaku duit mereka, tapi lelaki ni berjaya jumpa pemilik asal

Bapa kecewa anak dapat duit raya RM3, pesan tuan rumah jangan berkira sangat!

Penumpang cemas, lelaki nekad buka pintu pesawat yang sedang bergerak

Leave a Reply

Your email address will not be published.