Tular pokok misteri keluar air seakan air terjun secara semulajadi

Tular pokok misteri keluar air seakan air terjun secara semulajadi

Tular pokok misteri keluar air seakan air terjun secara semulajadi.

Bumi kita ini dipenuhi dengan bermacam-macam kejadian atau fenomena yang unik dan misteri di merata dunia yang kebiasaannya akan menjadi salah satu daya tarikan pelancong.

Di suatu tempat di Montenegro, terdapat satu pokok yang agak bermisteri dan lain daripada yang lain. Sebelum itu nak tanya korang, pernah nampak pokok mengalirkan air? Di sebuah kampung yang dikenali sebagai Dinosa yang terletak di selatan Montnegro, terdapat satu pokok Mulberry yang sangat unik dan luar biasa.

Tular pokok misteri keluar air seakan air terjun secara semulajadi

Ini kerana pokok tersebut kadang-kadang dilihat mengalirkan air dari badannya seakan air terjun mini. Namun apa membuatkan orang bertambah hairan dan tertanya-tanya adalah dari mana dan macam mana air boleh keluar dari pokok yang berusia sekitar 100 hingga 150 tahun itu. Pokok Aneh Mengeluarkan Air Seakan Air Terjun Secara SemulajadiKejadian tersebut juga bukannya buatan atau dimanipulasi manusia tetapi berlaku secara semulajadi.

Tular pokok misteri keluar air seakan air terjun secara semulajadi

Menurut penduduk tempatan pokok Mulberry tersebut mula mengeluarkan air sejak lebih kurang 25 tahun yang lepas. Pokok Aneh Mengeluarkan Air Seakan Air Terjun Secara Semulajadi

Menurut legenda tempatan, kejadian itu berlaku kerana ahli-ahli sihir Tuhala berkumpul di bawah tanah dan saling memukul satu sama lain dengan batang pokok hingga menyebabkan air melimpah keluar ke permukaan tanah.

VIDEO:

https://youtu.be/AFzJN8LNSeg

Penjelasan pakar bagaimana pokok Mulberry itu mengeluarkan air.
Walaubagaimanapun terdapat satu penjelasan logik mengenai macam mana kejadian unik itu boleh berlaku. Hal ini disebabkan kerana kawasan berdekatan pokok tersebut mempunyai tekanan air yang tinggi, lebih-lebih lagi ketika hujan dan menyebabkan kawasan sekitarnya ditenggelami air. Oleh itu, tekanan air yang terlalu tinggi menyebabkan air keluar melalui pokok tersebut.

Baca Lagi:

Salah orang kau cari pasal, wanita ini serang pemandu kereta ‘potong queue’ dekat ‘drive thru’

Isteri selalu dedah perangai suami di media sosial punca dibunuh sehari sebelum Hari Raya

Wanita terkejut ada lelaki misteri menyorok dalam almari semasa ‘check in’ hotel

CATEGORIES