Pemuda tertidur selepas solat Raya Aidilfitri diketawakan orang ramai, malunya sampai raya tahun depan

Pemuda tertidur selepas solat Raya Aidilfitri diketawakan orang ramai, malunya sampai raya tahun depan

Pemuda tertidur selepas solat Raya Aidilfitri diketawakan orang ramai, malunya sampai raya tahun depan.

Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang lelaki ditinggalkan seorang diri kerana tertidur ketika solat Hari Raya Aidilfitri, manakala jemaah lain sudah meninggalkan pekarangan masjid, lapor laman berita Suara.com.

Video tersebut dimuat naik dalam akaun TikTok @varioleci.

Kejadian itu dikatakan berlaku di Tasikmalaya, Jawa Barat.

Rakaman menunjukkan seorang jemaah lelaki berbaju biru dan berkopiah sedang tidur dalam keadaan bersujud diatas sejadah.

Dia adalah antara jemaah yang terpaksa solat di pekarangan kerana ruang dalam masjid sudah penuh.

Sebilangan jemaah lain sudah bangun untuk meninggalkan kawasan itu. Mereka tertawa melihat lelaki itu.

Video tersebut mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Malunya sampai Hari Raya tahun depan,’’ tulis seorang netizen.

“Kerana mimpi lebih indah daripada kenyataan, teruskan tidur,’’ komen netizen lain.

@varioleci Balas @boba220122 ♬ bunyi asal – bahy💙💙 – bahy💙💜💜

Baca Juga : Suami dalam penjara, Instafemes dari Kedah kantoi bawa lelaki lain tidur sama depan anak-anak
Tidur nyenyak bantu elak daripada menghidap penyakit Alzheimer atau nyanyuk]
Tidur dalam keadaan TV terpasang boleh memudaratkan kesihatan anda! Baca nie…
CATEGORIES