Cara paling berkesan halau semut didalam rumah ialah guna bedak talkum

Cara paling berkesan halau semut didalam rumah ialah guna bedak talkum

Cara paling berkesan halau semut didalam rumah ialah guna bedak talkum.

Beberapa pengguna media sosial memberikan cadangan bahawa bedak talkum dapat membantu menghalau semut daripada ‘menyerang’ rumah, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Seperti laporan akhbar The Express, seorang pengguna media sosial memberitahu sebuah kumpulan sembang di Facebook bahawa dia menggunakan bedak talkum untuk menghalau semut di rumahnya.

“Serbuk talkum. Saya gunakan talkum ketika rumah dipenuhi semut dan hasilnya amat hebat.

Cara paling berkesan halau semut didalam rumah ialah guna bedak talkum

Beberapa pengguna media sosial mendakwa bahawa bedak talkum amat berkesan dalam menghalau semut

“Amat mudah untuk melakukannya. Saya hanya menabur bedak talkum berhampiran beberapa sudut yang menjadi tempat tumpuan semut.

“Selepas beberapa tahun, saya tidak perlu lagi melakukan demikian dan paling penting, kos untuk menghalau semut amat murah,” kata seorang pengguna lain.

Selain itu, beberapa pengguna berikutnya turut berkongsikan perkara yang sama dan mereka mendakwa kaedah itu amat berkesan.

“Saya menabur serbuk talkum di belakang pintu dan ia amat berhasil,” kata seorang netizen.

“Bagi menghalang semut daripada memenuhi rumah, setiap tahun saya menabur serbuk talkum di sepanjang pintu dan tepi tingkap. Sejak itu, tiada lagi masalah tersebut,” jelas seorang lagi.

Baca lagi: 
Lelaki ini dedah bagaimana ‘warga Bangladesh’ mudah berjaya bila menetap di Malaysia
Wawa Zainal hadiahkan kereta Lamborghini, mengigil tangan Aeril Zafrel saat terima geran kereta
Tidak berpuasa di bulan Ramadhan ketika bermusafir adalah sunnah Nabi.. Betul ke ? Ini jawapan mufti..
CATEGORIES