[VIDEO] Lelaki tak berbaju duduk tengah jalan “punca jem”

[VIDEO] Lelaki tak berbaju duduk tengah jalan “punca jem”

[VIDEO] Lelaki tak berbaju duduk tengah jalan “punca jem”.

Tindakan seorang lelaki duduk di tengah-tengah laluan di Lebuh Raya Persekutuan telah menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan orang ramai.

Menerusi rakaman yang dikongsikan pengguna Twitter, Alif Farhan baru-baru ini membuatkan ramai yang tertanya-tanya keadaan lelaki berkenaan sama ada dia kurang siuman atau ia sekadar bahan ‘content’ semata-mata.

Bagaimanapun, tindakannya itu boleh mengundang bahaya dan kemalangan.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi turut diberikan oleh orang ramai.

“Dah la kurus kering duduk kat situ, kalau tak perasan habis kena sebat dengan lori,” ciap seorang pengguna.

Selain itu, seorang pengguna, Luqman Hasif meluahkan rasa kesian melihat keadaan lelaki tersebut seperti tidak terurus.

“Muka dah elok, tapi itulah kesian dia jadi macam itu, muda lagi,” luahnya.

Baca Lagi:

Gadis terkejut semua duit dalam bank lesap, rupanya ini yang terjadi..

Elakkan buat perkara ini jika mahu anak anda bijak pandai..

Lapan wanita Kelantan dipercayai ‘tukar wajah’ selepas diburu polis kes bunuh dan rompak

CATEGORIES