Blackburn Rovers kelab inggeris pertama anjur solat Hari Raya dalam stadium

Blackburn Rovers kelab inggeris pertama anjur solat Hari Raya dalam stadium

Blackburn Rovers kelab inggeris pertama anjur solat Hari Raya dalam stadium.

Kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL), Blackburn Rovers bakal menganjurkan program solat hari raya Aidilfitri di stadium utama mereka, Ewood Park pada Syawal ini.

Difahamkan, ia akan menjadi kelab bola sepak Inggeris pertama di UK yang membenarkan penganut beragama Islam mendirikan solat hari raya di stadium utama mereka sendiri.

Memetik kenyataan dari laman rasmi, program solat hari raya Aidilfitri Eid Prayers @ Ewood Park tahun ini akan diadakan di Corporation Park bermula dari 9 hingga 10 pagi.

Difahamkan, sambutan istimewa itu dijangka bakal menarik lebih 1,000 tetamu Muslim untuk bersama-sama mendirikan solat sunat Aidilfitri di sana.

Menurut maklumat yang tertera, stadium akan dibuka bermula seawal 8.30 pagi, manakala khutbah raya pula bermula pada 9 pagi, diikuti solat tersebut yang dilangsungkan pada 9.30 pagi.

Difahamkan, program Eid Prayers @Ewood Park itu terbuka kepada semua ahli keluarga masyarakat Muslim setempat.

Selain itu, ia juga turut dihadiri sendiri oleh kakitangan Blackburn Rovers dan warga Blackburn Rovers Community Trust di sana.

Ketika hari berlangsung, pengangkutan bas percuma dari Corporation Park dan Queen’s Park akan turut disediakan dan ia tertakluk pada permintaan.

Manakala jamuan juga turut akan disediakan oleh katerer, The Catering Co selepas program selesai.

Menurut kenyataan itu lagi, segala kelengkapan (solat) untuk jemaah lelaki dan perempuan akan disediakan di atas padang. Cuma mereka diminta untuk bawa sejadah masing-masing dari rumah.

Difahamkan, program tersebut adalah sebahagian daripada program lain yang akan diadakan di Ewood termasuklah Let’s Go Sing yang dijadual berlangsung pada 28 April esok, serta konsert SummerFest hujung Mei depan.

Blackburn Rovers kelab inggeris pertama anjur solat Hari Raya dalam stadium

Baca Lagi:

Suami dalam penjara, Instafemes dari Kedah kantoi bawa lelaki lain tidur sama depan anak-anak

Melaka bina taman tema biawak bernilai RM8 juta sebagai tarikan terbaharu

2000 ekor babi hilang di Port Dickson, hati-hati elak beli daging murah

CATEGORIES