Arwah kakak hadir dalam mimpi minta sampaikan salam pada anak, undang hiba netizen

Arwah kakak hadir dalam mimpi minta sampaikan salam pada anak, undang hiba netizen

Arwah kakak hadir dalam mimpi minta sampaikan salam pada anak, undang hiba netizen.

Takdir paling perit untuk ditelan adalah apabila kita perlu redha dengan pemergian insan tersayang apatah lagi ianya merupakan ibu bapa sendiri.

Hilang salah seorang pun sudah tidak keruan apatah lagi jika hilang ibu dan ayah secara serentak, pastinya ia merupakan satu kenangan pahit yang sukar untuk dilupakan.

Terdahulu, tiga orang adik beradik bergelar yatim piatu apabila berlakunya sebuah tragedi hitam dimana kenderaan yang dinaiki oleh ibu bapa mereka bertembung dengan sebuah treler menyebabkan pasangan tersebut meninggal dunia.

b43

Menerusi perkongsian, dapat kita lihat tiga orang adik beradik tersebut hanya mampu melepaskan rindu mereka di pusara sahaja dan difahamkan mereka dijaga oleh bapa saudara yang juga merupakan adik kepada ibunya.

b44

“Bersabarlah duhai anak saudaraku.. ujian berat terpaksa ditanggung di kala masih muda..” ujar lelaki ini

b41

Dia juga memuat naik beberapa keping gambar dimana tiga orang ‘hero’ tersebut kini hanya mampu menumpang kasih bapa dan ibu saudaranya.

b42

Terbaru, dia juga berkongsi sebuah video lama dimana memaparkan gelagat adik beradik termasuklah arwah kakaknya yang ingin bergambar.

Dia memuat naik video berkenaan dek kerana rindu akan arwah dan akui kakaknya hadir di dalam mimpi memberikan sebuah ‘pesanan’ padanya.

“Sebenarnya arwah kakak saya (tudung kuning) hadir dalam mimpi saya Ramadhan ini, Hadirnya meminta saya menyampaikan salam kepada ketiga-tiga anak yang ditinggalkan ini. Allah rindunya..”

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen sebak melihat perkongsian tersebut malah netizen bersyukur kerana ketiga-tiga anak yang ditinggalkan itu mempunyai ibu dan bapa saudara yang sangat baik hati dan penyayang.

Dalam masa yang sama, para netizen kagum dengan sikap ibu bapa saudara yang menjaga mereka seperti anak sendiri.

Antara komen warga maya:

“besar pahala dan murah rezeki menjaga anak2 yatim..”

b38

“menngis bila melihat gambar bersama makcik dan pakciknya.. anak2 yatim ini tidak kesunyian mereka ada mak pak sedara yang hebat..”

b39

“makcik pakcik yang bertanggungjawab.. banyak sangat kes macam ni anak2 terbuar sebab semua taknak jaga..”

b40

Baca Lagi:

Askar mengaku rogol anak sendiri sebanyak 3 kali, dijatuhi hukuman penjara 18 tahun, 34 sebatan

Lapan wanita Kelantan dipercayai ‘tukar wajah’ selepas diburu polis kes bunuh dan rompak

Tular kanak-kanak pergi sekolah gadai nyawa naik ‘cable car’

CATEGORIES