Viral lembu miang masuk bilik gadis

Viral lembu miang masuk bilik gadis

Viral lembu miang masuk bilik gadis.

Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia kerana memaparkan seekor lembu yang cuba memasuki bilik seorang gadis pada waktu malam, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Video itu dimuat naik pada sebuah akaun Twitter bernama @jowoshitpost. Rakaman menunjukkan seekor lembu dilihat muncul di pintu bilik seorang gadis di sebuah rumah.

Bagaimanapun, ia tidak menyatakan bagaimana lembu berwarna coklat muda itu berjaya memasuki rumah tersebut pada waktu malam.

Gadis yang tidak didedahkan identitinya itu kedengaran pasrah sambil mengadu kepada ibunya dalam bahasa Jawa.

“Ibu, lembu masuk rumah,’’ katanya.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Lembu kejut bangun sahur,’’ tulis seorang netizen.

Baca lagi:

Bermula 1 Mei, pemakaian pelitup muka tidak lagi wajib di luar bangunan

Rasa geli dikepala seorang lelaki ketika tunggang motosikal akhirnya terjawab..

Sekelip mata jadi jutawan selepas menemui batu permata paling berat di dunia bernilai RM13.8 Juta

CATEGORIES