Lelaki mengamuk lempar 7 butir bom tangan selepas kena buang kerja

Lelaki mengamuk lempar 7 butir bom tangan selepas kena buang kerja

Lelaki mengamuk lempar 7 butir bom tangan selepas kena buang kerja.

Seorang lelaki dilaporkan telah membaling tujuh butir bom tangan ke arah rumah jirannya dalam kejadian di wilayah Ubon Ratchathani, Thailand.

Memetik laporan Utusan TV, kejadian yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) itu berlaku pada Sabtu.

Difahamkan, tiga orang jiran suspek telah cedera pada bahagian kaki dan muka selepas terkena kesan letupan bom tersebut.

Lelaki mengamuk lempar 7 butir bom tangan selepas kena buang kerja

Ketika kejadian, kesemua mangsa dipercayai sedang duduk di bawah rumah sebelum bunyi objek jatuh dan kemudian meletup kedengaran.

Mangsa kemudian dilihat ketakutan sejurus bom pertama yang dilempar meletup.

Sementara itu, pihak polis berkata enam daripada tujuh butir bom itu telah menyebabkan motosikal, peti sejuk, dan pam air rosak.

Siasatan di lokasi kejadian menemui beberapa lubang yang terhasil daripada kesan letupan bom berdiameter sehingga 10 sentimeter.

Tidak cuma itu, sebutir bom M67 turut ditemui selepas ia tidak meletup.

Ketua Balai Polis Warin Chamrap, Kolonel Yuttana Pruksarungruang berkata sepasukan anggota telah dikerah bagi mengesan suspek.

Suspek yang juga merupakan seorang bekas pegawai polis dilaporkan telah melarikan diri sejurus melakukan perbuatan tersebut.

Dalam pada itu, motif suspek bertindak sedemikian adalah berpunca daripada pengaruh alkohol dan tertekan kerana telah dibuang kerja.

Baca Lagi:

Ringgit Malaysia berpotensi jatuh sehingga RM5.00 ke RM5.70 menjelang hujung tahun

KLCC bayar gaji minimum RM2,500 mulai 1 Mei

Kerajaan umum tol percuma bermula sabtu ini

CATEGORIES