Pencuri ayam hayun parang ditembak mati ketua kampung

Pencuri ayam hayun parang ditembak mati ketua kampung

Pencuri ayam hayun parang ditembak mati ketua kampung.

Seorang ketua kampung menembak mati seorang lelaki yang didakwa mencuri ayam miliknya dalam kejadian sekitar pukul 7 pagi semalam (waktu tempatan) di wilayah Songkhla, selatan Thailand, lapor laman berita Thaiger.

Menurut lelaki berkenaan, suspek mengugutnya menggunakan parang sehingga dia terpaksa melepaskan tiga das tembakan untuk mempertahankan diri.

Polis sedang menyoal siasat saksi kejadian untuk mengenal pasti apa yang berlaku. Ketika polis tiba di lokasi kejadian, lelaki dikenali sebagai Nappakao itu dan berusia 36 tahun, ditemui terbaring di atas tanah di sebelah kandang lembu. Dia disahkan meninggal dunia.

Pencuri ayam hayun parang ditembak mati ketua kampung

Penembaknya, Wirot dilaporkan sedang berdiri di tempat kejadian sambil memegang pistol 9 milimeter. Sebilah parang ditemui di sebelah mayat Nappakao.

Wirot berkata, saudara-maranya menelefon awal pagi itu untuk memberitahu bahawa seorang pencuri sedang mencuri ayamnya. Apabila dia keluar, pencuri itu menghayungkan parang, lalu dia melepaskan tembakan ke arah lelaki tersebut.

Jelas Wirot, selepas tembakan pertama, Nappakao masih memegang parang, jadi dia melepaskan dua lagi das tembakan ke dadanya sehingga menyebabkan suspek rebah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Bekas isteri yang mempunyai dua orang anak dengan Nappakao pula berkata, sejak mereka berpisah dua tahun lalu, dia mempunyai sejarah mencuri dan menggunakan dadah.

Polis merampas senjata dan membawa Wirot ke Balai Polis Bang Klam untuk disoal siasat.

Mereka akan menyoal siasat saksi kejadian untuk menilai sama ada pembunuhan itu benar-benar tindakan untuk mempertahankan diri atau sebaliknya.

Baca lagi: 

Mahkamah : Siti Bainun tidak direman kerana kuarantin COVID-19

Cinta sampai mati : Sempat akad nikah di katil hospital sebelum hembus nafas terakhir

600 tiket percutian ke Angkasa habis terjual, harga tiket kalah kereta “Honda Civic Type R Full Spec”

CATEGORIES