Mahkamah : Siti Bainun tidak direman kerana kuarantin COVID-19

Siti Bainun tidak direman kerana kuarantin COVID-19.

Mahkamah Sesyen di sini diberitahu bahawa Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa atas pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan sindrom down tidak direman kerana pengasas Rumah Bonda itu sedang menjalani kuarantin susulan COVID-19.

Saksi keenam, Asisten Supritendan Nazatul Madiyah Manaf berkata demikian pada pemeriksaan balas pasukan pembelaan pada prosiding hari ini.

“Untuk makluman Yang Arif, pada hari tangkapan tersebut, kita dapat maklumat daripada pegawai penyiasat bahawa (Siti) Bainun masih dalam kuarantin COVID-19, jadi kita tidak reman dia dan bagi jamin, sebab kita tak nak benda itu berjangkit-jangkit,” katanya di sini pada Khamis.

Nazatul Madiyah merupakan pegawai penyiasat kanan, Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-kanak Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur yang dipertanggungjawabkan untuk menahan tertuduh.

Mahkamah : Siti Bainun tidak direman kerana kuarantin COVID-19
Siti Bainun mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan berkenaan sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal dan emosi.

Prosiding pada Khamis diteruskan dengan saksi keenam itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad memaklumkan bahawa saksi kelima iaitu bekas penghuni Rumah Bonda di Wangsa Maju, Yasmin Nahar Mahmood, 19, tidak dapat memberi keterangan kerana sakit.

“Semalam dia mendapatkan rawatan di klinik dan didapati mengalami tekanan darah rendah.
“Saksi ini hadir hari ini tetapi tidak dapat memberi keterangan maka pihak kami memohon untuk memanggil saksi lain,” katanya.

Sementara itu, Korporal Sadzlyee Sairen yang merupakan saksi ketujuh pihak pendakwaan berkata, beliau tidak menerima arahan daripada Pegawai Penyiasat Inspektor Suhaili Mahad untuk mengambil gambar beberapa barang penting dalam kes itu.

Barang-barang berkenaan disebutkan oleh saksi kelima pendakwaan, Yasmin Nahar Mahmood ketika memberikan keterangan kepada mahkamah sebelum ini.

Antara barang yang disebutkan oleh Yasmin adalah batang penyodok, cawan Ikea, cawan Starbuck, tali rafia, kain pengikat mulut, cecair pelembut kain Downy dan Soflan.

Ketika disoal balas oleh peguam bela tertuduh, Hafidzah Hassan, Sadzlyee turut memberitahu dia tidak mengambil gambar rel penyangkut langsir yang menjadi punca kemarahan Siti Bainun terhadap Bella.

Kes akan bersambung semula pada 30 dan 31 Mei serta 13, 16, 17, 29 dan 30 Jun ini.

Siti Bainun yang berusia 30 tahun mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan berkenaan sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal dan emosi.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju, antara Februari dan Jun 2021.

Pertuduhan terhadapnya dilakukan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

BACA JUGA : Hakim : Netizen jangan melampau komen kes Bella

Lelaki ini dedah rupanya Bella bukan yang pertama, adik Adam meninggal dunia dirumah bonda bawah jagaan Siti Bainun

Saksi dedah punca sebenar Siti Bainun mula ‘naik gila’ pukul Bella

Leave a Reply

Your email address will not be published.