Tendang perut pengawal keselamatan, polis berpangkat koperal ditahan

Tendang perut pengawal keselamatan, polis berpangkat koperal ditahan

Tendang perut pengawal keselamatan, polis berpangkat koperal ditahan

Seorang koperal polis ditahan selepas dipercayai menendang perut pengawal keselamatan di sebuah kediaman Taman Sri Manja, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, seorang pegawai kanan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya membuat laporan berhubung perkara itu jam 9 pagi, semalam.

“Laporan itu dibuat selepas pegawai berkenaan melihat satu rakaman video pergaduhan membabitkan seorang pengawal keselamatan dan anggota polis bertugas di IPD Petaling Jaya yang tular di aplikasi WhasApp.

“Pertengkaran itu berpunca apabila mangsa yang juga pengawal keselamatan berusia 59 tahun tidak membuka palang pintu masuk kawasan kediaman berkenaan lebih awal.

“Keadaan itu menyebabkan suspek (anggota polis) berusia 30-an terpaksa memberhentikan kenderaan serta menunggu lama sebelum berlaku pertengkaran mulut antara mereka.

“Malah, suspek mendakwa mangsa mengeluarkan perkataan kesat kepada suspek menyebabkannya tidak berpuas hati lalu menendang perut pengawal keselamatan itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohamad Fakhrudin berkata, mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Suspek juga dikatakan turut mengugut mangsa kononnya mahu memukul pengawal keselamatan berkenaan menggunakan topi keledar miliknya.

“Susulan itu, kami menahan anggota berkenaan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 506/323 Kanun Keseksaan atas kesalahan ugutan jenayah serta mendatangkan kecederaan,” katanya.

Katanya, pihak polis tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pegawai dan anggotanya yang melakukan jenayah ke atas orang awam.

Baca Lagi:

Pemuda 18 tahun maut dihempap lif pada hari pertama bekerja

Kes basikal lajak : Saksi tampil dedah perkara sebenar yang berlaku, ramai yang tertipu

‘Saya terpaksa lari dari depot kerana tidak sanggup dipukul’ – Tahanan Rohingya

CATEGORIES