Soalan Matematik mudah, calon SPM luah rasa syukur ucap terima kasih kepada KPM

Soalan Matematik mudah, calon SPM luah rasa syukur ucap terima kasih kepada KPM

Soalan Matematik mudah, calon SPM luah rasa syukur ucap terima kasih kepada KPM.

Ribuan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 hari ini memuat naik ciapan berterima kasih kepada pihak Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pendidikan (KPM) kerana menyediakan soalan mudah bagi kertas Matematik.

Difahamkan, seramai 85,700 calon SPM 2021 bagi sesi kedua telah menduduki peperiksaan Matematik Kertas 1 dan 2 pagi tadi.

Soalan Matematik mudah, calon SPM luah rasa syukur ucap terima kasih kepada KPM

Tinjauan Kosmo! di Twitter mendapati, rata-rata calon meluahkan rasa syukur kerana mampu menjawab soalan kertas Matematik kerana dianggap mudah dari kebiasaannya.

“Saya sayang KPM, terima kasih untuk kertas Matematik 2,” ciap Aisyah.

“Untuk kali pertama saya sayangkan KPM, kertas peperiksaan Matematik hari ini tidak terlalu sukar,” luah Shay.

“Jawab soalan Matematik tadi beri ketenangan, jauh lebih mudah berbanding kerta Sejarah, Alhamdulillah boleh jawab semuanya,” kongsi @httpwir.

Namun, terdapat juga calon yang mengakui tidak sempat menjawab kesemua soalan yang diberikan kerana kesuntukan masa walaupun ia mudah difahami.

“Saya setuju soalan kerta Matematik SPM hari ini mudah, senang faham, tapi saya yang tak bijak, tak sempat jawab semua, masa tamat,” luah Loqman.

Sehubungan itu, tanda pagar SPM2021 menjadi sohor kini bagi tempoh beberapa jam selepas tamat waktu peperiksaanya bagi kertas Matematik pada pukul 12.45 tengah hari tadi.

Baca Lagi:

Ini cara semak baki kredit Touch ‘n Go (TNG) pada Mykad anda dengan mudah

Kes basikal lajak : Saksi tampil dedah perkara sebenar yang berlaku, ramai yang tertipu

Nak marah tapi kena sabar, sekeluarga kempunan makanan diambil balik, pekerja buat kecoh

CATEGORIES