Sejarah tercipta di Bundesliga, pengadil izin pemain beragama Islam buka puasa

Sejarah tercipta di Bundesliga, pengadil izin pemain beragama Islam buka puasa.

Saigan Bundesliga di Jerman mencatat sejarah apabila kali pertama permainan dihenti seketika bagi membolehkan seorang pemain beragama Islam berbuka puasa.

Ia melibatkan pemain Augsburg, Moussa Niakhaté, ketika aksi pasukan tersebut menentang Mainz 05, Rabu lalu, lapor Sport.es.

Pada minit ke-65, matahari terbenam dan pengadil perlawanan, Matthias Jöllenbeck, telah diminta untuk menghentikan permainan supaya Niakhate boleh berbuka puasa.

Pengadil kemudian bersetuju sekali gus menandakan kali pertama perlawanan Bundesliga dihentikan untuk membolehkan pemain berbuka puasa dalam bulan Ramadan.

Niakhate lantas mengambil minuman sebelum berjabat tangan dengan Jöllenbeck.

Perlawanan tersebut menyaksikan Augsburg menang 2-1.

Sementara itu perkara sama berlaku ketika RB Leipzig menang 3-0 ke atas Hoffenheim pada Ahad apabila pengadil, Bastian Dankert membenarkan Mohamed Siamakan berbuka puasa beberapa minit.

Baca lagi:

Penceramah bebas ditahan kes amang seksual fizikal anak kawan sendiri

Isteri meraung mohon ampun setelah ditangkap curang ketika suami solat terawih

Belum reda kes basikal lajak, tular budak2 baring atas jalan serah nyawa mintak kereta langgar

Leave a Reply

Your email address will not be published.