Panas!! Abang Qu dedah dirinya hanya berlakon sebagai PA DSV, tiada surat perjanjian kerja

Panas!! Abang Qu dedah dirinya hanya berlakon sebagai PA DSV, tiada surat perjanjian kerja

Panas!! Abang Qu dedah dirinya hanya berlakon sebagai PA DSV, tiada surat perjanjian kerja.

Pada Februari lalu, usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida telah mengumumkan secara rasmi pembantu peribadi (PA) yang baharu dikenali sebagai Abang Qu dengan tawaran gaji sebanyak RM10,000.

Namun, baru-baru ini, tular di media sosial beberapa rakaman yang diambil menerusi siaran langsung Instagram yang dilakukan oleh Abang Qu atau nama sebenarnya Syed Qusyairi Syed Mahmud Iskandar mendedahkan dirinya hanya berlakon sebagai PA Vida selama ini.

Panas!! Abang Qu dedah dirinya hanya berlakon sebagai PA DSV, tiada surat perjanjian kerja

Menerusi sesi siaran langsung tersebut, Qusyairi mengakui bahawa dia tidak lagi berkolabrasi bersama majikannya itu kerana sehingga kini tiada sebarang surat tawaran atau perjanjian kerja diberikan oleh Vida.

“Selepas selesai rakaman muzik video ‘Ku Ikhlaskan’, saya menunggu surat perjanjian kerja kerana ia sangat penting, tapi masih tidak ada.

“Tidaklah saya guna perkataan berhenti, sebab awalnya ditawar untuk kolaborasi, tapi kini kami tidak lagi jalankan apa-apa kolaborasi bersama,” katanya.

Tambah Qusyairi, pada mulanya Vida telah menawarkan peluang untuk melakukan kolaborasi bersama sebagai rakan kerja, namun tidak disangka, akhirnya dia perlu bertugas sebagai PA sebenar walaupun ia hanya lakonan dan arahan semata-mata.

Dalam pada itu, Qusyairi sempat menitipkan pesanan kepada orang ramai agar lebih peka dengan sebarang tawaran kerja yang diberikan dan pastikan ia mempunyai perjanjian lengkap sebelum mula bertugas.

Baca Lagi:

Kes basikal lajak : Saksi tampil dedah perkara sebenar yang berlaku, ramai yang tertipu

DS Vida sudah dapat PA yang di idamkan! Sungguh kacak dan muda

Ini cara semak baki kredit Touch ‘n Go (TNG) pada Mykad anda dengan mudah

CATEGORIES