Menteri Besar Terengganu nafi terlibat pakatan jatuhkan BN

Menteri Besar Terengganu nafi terlibat pakatan jatuhkan BN

Menteri Besar Terengganu nafi terlibat pakatan jatuhkan BN.

Naib Presiden PAS Ahmad Samsuri Mokhtar hari ini menafikan wujudnya pakatan pemimpin tertinggi PAS bersama parti lain untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN) sebagaimana tercatat dalam beberapa dokumen yang tular di media sosial sejak Ahad lepas.

Beliau yang juga menteri besar Terengganu menyifatkan dokumen yang ditularkan itu sebagai “sampah” dan tidak perlu dipercayai kerana dilakukan pihak tidak bertanggungjawab.

“Dokumen sampah macam itu pun orang percaya juga ke? Ia tidak benar, tidak tahu dari mana datangnya. Ejaan nama saya pun tak betul. Dia (pihak tidak bertanggungjawab itu) tahu ada pertemuan itu maka dibuatlah naratif (seperti yang tular),” katanya.

Menteri Besar Terengganu nafi terlibat pakatan jatuhkan BN

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyerahan bantuan persediaan dan pendahuluan diri penerima biasiswa Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Terengganu Ke Luar Negara 2022 hari ini.

Ahad lepas, beberapa dokumen yang dikatakan minit mesyuarat Perikatan Nasional (PN) tular di media sosial, didakwa berkaitan dengan pertemuan antara Ahmad Samsuri bersama Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan serta beberapa pemimpin parti lain pada 24 dan 27 Mac serta 4 dan 7 April.

Antara pemimpin yang dinyatakan dalam minit itu ialah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Mohamed Azmin Ali, Pengerusi Parti Pejuang Mahathir Mohamad, Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin dan Bendahari Agung BN Hishammuddin Hussein.

Mengulas lanjut, Samsuri mengakui pertemuan bersama pemimpin politik itu benar-benar berlangsung, namun ia tidak membincangkan perkara seperti yang tular.

Ditanya sama ada beliau mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terlibat, Samsuri menegaskan tidak akan berbuat demikian kerana beliau menganggap proses itu membuang masa, selain tidak diketahui siapakah yang menyebarkan mesej berkenaan.

Baca lagi: 

Rindu ingin bertemu ibubapa, dua beradik sanggup menyorok dibawah bas sejauh 80 kilometer

Nak marah tapi kena sabar, sekeluarga kempunan makanan diambil balik, pekerja buat kecoh

Tular video lelaki mengamuk menjerit marah setelah isteri hamil dipijak orang ramai

CATEGORIES