Tentera Rusia berjaya selamatkan tebusan penduduk islam di masjid Sultan Suleiman

Tentera Rusia berjaya selamatkan tebusan penduduk islam di masjid Sultan Suleiman.

Tentera Rusia berjaya membebaskan dan menyelamatkan sejumlah penduduk Islam yang ditahan di sebuah masjid di bandar Mariupol, Ukraine, kata seorang jurucakap Kementerian Pertahanan Rusia, Igor Konashenkov pada Ahad.

Menurutnya, penduduk Islam itu ditahan oleh pasukan bersenjata yang dikenali sebagai Nazi Ukraine di sebuah masjid.

Tentera Rusia bebaskan tebusan Islam di masjid Sultan Suleiman

Beliau berkata, operasi pembebasan itu dilakukan atas permintaan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.

Justeru, katanya, satu operasi ketenteraan dilakukan di daerah Primorsky pada Sabtu lalu untuk membebaskan para tebusan yang ditahan oleh anggota-anggota Nazi Ukraine di masjid tersebut.

Pada kebiasaannya, Nazi Ukraine merupakan gelaran yang diberikan kepada Batalion Azov Ukraine yang menentang tentera Rusia.

Menurut jurucakap itu, hasil operasi itu, masjid itu telah dibuka semula dan seramai 29 militan termasuk askar upahan asing telah terbunuh.

Di daerah Primorsky, terdapat sebuah masjid yang diberi nama sempena bekas pemerintah Turki, Sultan Suleiman.

Baca Lagi:

Biawak kena rogol, empat lelaki ditahan pegawai perhutanan

Wanita mahu pulangkan ‘Perisai Antik’ milik Sultan Brunei setelah menjaganya selama 18 tahun

Dulu hanya jual aiskrim naik basikal dan tidak pandai BI, kini bergelar Tan Sri

Leave a Reply

Your email address will not be published.