Cucuh mercun ke dalam dubur kucing, polis buru kumpulan lelaki

Cucuh mercun ke dalam dubur kucing, polis buru kumpulan lelaki

Cucuh mercun ke dalam dubur kucing, polis buru kumpulan lelaki.

Polis Sumba memburu sejumlah lelaki selepas mereka didakwa membakar mercun yang dimasukkan ke dalam dubur seekor kucing dalam satu kejadian, di sini semalam.

Kes itu terbongkar selepas video yang menunjukkan mereka membakar mercun pada dubur kucing itu menjadi tular dalam media sosial.

Jurucakap polis Sumbawa, Ivan Roland Cristofel berkata, polis memandang serius kes tersebut dan akan melakukan siasatan segera.

Cucuh mercun ke dalam dubur kucing, polis buru kumpulan lelaki

“Kami sudah memeriksa beberapa akaun Facebook dan dalam video tersebut, sejumlah lelaki di dapati sengaja memasukkan mercun ke dalam dubur kucing dan membakarnya.

“Video itu juga mendapat perhatian pelbagai pihak dengan kebanyakannya menggesa supaya semua pelaku ditangkap kerana bertindak zalim terhadap haiwan,” katanya seperti yang dilapor Kompas.com.

Sehubungan itu, Ivan memberitahu, polis sudah melakukan koordinasi untuk mengenal pasti video tersebut dan pelakunya.

Jelas beliau, polis juga sudah mengenal pasti alamat semua pelaku dan akan melakukan penahanan segera.

“Semua pelaku di dalam video itu bertutur dalam bahasa Sumbawa dan kami sudah mengenal pasti satu daerah yang dipercayai menjadi lokasi kejadian.

“Kami akan ambil tindakan segera,” tegasnya.

Video berdurasi 16 saat itu menunjukkan seorang pemuda memasukkan dan membakar mercun di dalam dubur seekor kucing.

Ketika mercun itu meletup, dapat dilihat kucing terbabit mengalami kesakitan dan reaksi haiwan itu ditertawakan oleh kumpulan lelaki berkenaan.

Video itu pada mulanya dikongsi dalam Facebbok sebelum tular dalam beberapa media sosial lain.

Baca lagi:

Tular gambar budak lelaki kencing dalam botol ketika makan di medan selera cetus kontroversi

‘Mat Salih’ berang tunjuk isyarat lucah selepas ditegur tidak pakai pelitup muka

Ikan keli berlada ‘Berulat’, hasrat ibu berbuka puasa bersama anak lelakinya terbantut

 

CATEGORIES