Belum reda kes basikal lajak, tular budak2 baring atas jalan serah nyawa mintak kereta langgar

Belum reda kes basikal lajak, tular budak2 baring atas jalan serah nyawa mintak kereta langgar

Belum reda kes basikal lajak, tular budak2 baring atas jalan serah nyawa mintak kereta langgar.

Belum reda lagi kes basikal lajak yang hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini tular pula video memaparkan sekumpulan budak berada di atas jalan raya.

Lebih menjadi perhatian, sekumpulan kanak-kanak itu seolah tidak takut dengan bahaya menimpa apabila dengan selamba baring dan bergolek di atas jalan raya.

Menerusi video berdurasi 18 saat itu, meskipun ada kereta melalui jalan tersebut mereka dilihat seolah tidak peduli dan tidak berganjak dari jalan raya.

Turut kedengaran suara pada video tersebut meminta sekumpulan budak itu untuk terus baring. Bagaimanapun, kereta yang melalui jalan tersebut memandu dengan perlahan dan mengelak sekumpulan remaja berkenaan.

Perkongsian video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang meluahkan rasa berang dengan tindakan sekumpulan remaja itu yang membahayakan nyawa mereka.

Tidak kurang juga ada yang meninggalkan komen sindiran mengatakan bagaimana kereta tersebut boleh melalui jalan tersebut di waktu malam.

Malah, ada yang mengatakan jika ada apa-apa terjadi pada anak mereka pemandu yang akan disalahkan nanti.

Kata netizen lagi, dulu mereka bimbang keluar malam kerana takut dengan pemandu mabuk, namun kini mereka lebih takut dengan budak-budak yang ‘tidur’ di atas jalan.

1 vert 23 scaled 1

Baca Lagi:

Kes basikal lajak : Saksi tampil dedah perkara sebenar yang berlaku, ramai yang tertipu

Peguam Siti Bainum naik angin, siap sound netizen “korang ni dah comfirm masuk syurga ke?”

Nabila Huda dedah “itulah peguam yang nak merompak duit saya sebanyak RM900k”

CATEGORIES