Elak dari kerahan tenaga, lelaki Ukraine sanggup berpakaian wanita cuba tinggalkan negara

Elak dari kerahan tenaga, lelaki Ukraine sanggup berpakaian wanita cuba tinggalkan negara

Elak dari kerahan tenaga,  lelaki Ukraine sanggup berpakaian wanita cuba tinggalkan negara.

Perkhidmatan Pengawal Sempadan Ukraine membuat penemuan mengejutkan di sebuah persimpangan di bandar Moldova apabila mereka menahan seorang lelaki yang berpakaian seperti wanita dalam percubaan untuk melarikan diri dari negara itu, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Mereka memberhentikan sebuah teksi kelmarin dan menemui seorang penumpang bersuara seperti lelaki tetapi memakai pakaian wanita.

Menurut kenyataan Perkhidmatan Pengawal Sempadan di laman Twitter, penumpang berusia 26 tahun itu membawa sijil kerahan tentera ketika cuba memasuki Moldova. Ia menimbulkan curiga anggota-anggota pasukan keselamatan berkenaan.

Elak dari kerahan tenaga, lelaki Ukraine sanggup berpakaian wanita cuba tinggalkan negara

Di bawah undang-undang tentera yang dikuatkuasakan pada masa ini di Ukraine, semua lelaki berusia 18 hingga 60 tahun dilarang meninggalkan negara itu. Mereka sebaliknya perlu menyertai pasukan tentera untuk memerangi Rusia.

Video kejadian menunjukkan lelaki tinggi lampai yang memakai topi kulit itu keluar dari kereta dan disoal oleh pengawal sempadan di tepi jalan.

Elak dari kerahan tenaga, elaki Ukraine sanggup berpakaian wanita cuba tinggalkan negara

Mereka menggeledah but kereta lalu menemui beg pakaian dan bagasi untuk perjalanan jauh. Soal siasat berlaku untuk tempoh yang lama, dengan lelaki yang menyamar itu seolah-olah memberi sedikit penjelasan.

Suspek seterusnya dilihat menandatangani beberapa dokumen. Tidak dijelaskan apa yang berlaku kepada lelaki itu selepas kejadian tetapi diandaikan bahawa dia tidak berjaya sampai ke Moldova.

Mariupol yang terletak tidak jauh dari Moldova telah dikepung tentera Rusia selama berminggu-minggu, menjadikan bandar pelabuhan itu lengang dengan ramai orang awam meninggal dunia akibat serangan atau mengalami kelaparan.

Beberapa laporan mendakwa bahawa Mariupol akan jatuh ke tangan tentera Rusia dalam masa terdekat selepas pertempuran sengit yang menyaksikan pasukan marin Ukraine menyerah kalah.

Baca Lagi:

Mula-mula rasa seram tapi bila fikir balik, saya rasa sedih..Wanita terakam suara orang menjerit di sekitar kubur anaknya

Lelaki pukul dua perompak sampai mati, didakwa di mahkamah atas tuduhan membunuh

Saksi dedah punca sebenar Siti Bainun mula ‘naik gila’ pukul Bella

 

CATEGORIES