Hebat cikgu tetap mengajar walau pakai alat bantuan penafasan, pelajar rakam senyap-senyap sebab sedih tengok…

Hebat cikgu tetap mengajar walau pakai alat bantuan penafasan, pelajar rakam senyap-senyap sebab sedih tengok…

Hebat cikgu tetap mengajar walau pakai alat bantuan penafasan, pelajar rakam senyap-senyap sebab sedih tengok….

Selain ibu bapa, guru ialah antara insan yang paling banyak berjasa dalam membentuk diri anak murid agar tumbuh menjadi insan yang berguna. Walau perjalanannya tidak mudah, mereka masih akan berusaha sebaik mungkin untuk menjalankan tanggungjawab mereka sebaiknya.

Menerusi satu video klip yang dikongsikan oleh seorang pelajar di sebuah sekolah, seorang guru kelihatan begitu gigih dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik dan sanggup turun ke sekolah untuk mengajar walaupun dalam keadaan dirinya tidak sih4t. Lebih menyebakkan, guru tersebut terlihat gigih mengajar walau terpaksa memakai alat bantuan 0ksigen.

Difahamkan, guru ini mempunyai masalah pernafasan kerana peny4kit tertentu, namun masih kuatkan dirinya untuk hadir ke sekolah semata-mata mahu menyampaikan ilmu kepada para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan. Semangat yang ditunjukan beliau di dalam kelas dengan memakai alat bantuan oksigen meninggalkan kesan sayu dan kagum di hati para pelajar..

Pelajar yang merakam video ini ingin berkongsi kepada yang lain untuk lihat sendiri kegigihan sang pendidik dalam menyampaikan ilmu kepada anak didik mereka. Dia berharap agar para pelajar lebih menghargai dan menghormati setiap pengorbanan guru dalam mendidik mereka.

Guru tersebut secara tidak sedar telah memberi satu impak yang besar kepada murid-murid untuk terus berjuang walau adanya uji4n hidup.

Betul acuan didikan maka terdidik dengan eloklah pelajar tersebut.

Pengorbanan setiap guru mungkin berbeza beza tapi masih mempunyai matlamat yang sama iaitu memberi ilmu kepada pelajar pelajar di sekolah.

Video:

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan komen daripada warganet membanjiri video yang tular.

@Cik_gadis:betul tu hargai cikgu yg mengajar kite die nk tgok kite erjaya dunia akhirat aminn

@syhir:Sekolah sy, guru tu dgn berkerusi roda tapi still usaha utk mengajar dtg ke kalas . Semoga diberikan kesembuhan secepatnya

@raja rimba:kalau aq tu aq dh menangis depan dia lantak lah org tgk pon kesi4n gil4 weh

@Vegapunk01:Sama mcm cikgu ekonomi aku masa STPM dulu. Dia kena buat 0peration dan rest kat rumah. So kita Org kena datang rumah dia utk belajar subjek tu.

@N u r f a r r a:ada cg I dia baru lepas +ve c0vid n badan dia still lemah tapi dia pergi skolah sbb nk kitorang A subjek dia spm nnti .

@UwU kimmy:Besar perjuangan cikgu nak mendidik anak bangsa. Semoga Allah sentiasa merahmati kehidupan cikgu dan memberikan kesembuhan untuk cikgu.

@bahulu caramels:kalau aku jumpe cikgu mcm ni mmg aku akan jaga dia jumpa dia tiap² hari layan dia mcm ibu kandung sendiri tak tahu kenapa tapi rasa sayang kt dia tu

Demikian betapa kasihnya cikgu kepada pelajarnya. Tanpa didikan mereka, tidak menjadilah mereka yang kini bergelar d0ktor, usahawan, tentera, peguam dan lain-lain.

Seperti ibu bapa, guru juga insan yang patut kita hormati, hargai dan sayangi. Semoga guru-guru kita dirahmati dan diberikan ketabahan serta kekuatan untuk terus mendidik anak bangsa agar menjadi insan berguna dunia akhirat.

Baca Lagi:

Suara sebenar Paderi Firaun kini boleh didengari, sangat menyeramkan!

Gaduh dengan pegawai bekas Menteri di Bazar Ramadan Putrajaya

Ini sebab kenapa niaga tak laku, jangan salahkan netizen tak support kau!

CATEGORIES