Saksi dedah punca sebenar Siti Bainun mula ‘naik gila’ pukul Bella

Saksi dedah punca sebenar Siti Bainun mula ‘naik gila’ pukul Bella

Saksi dedah punca sebenar Siti Bainun mula ‘naik gila’ pukul Bella.

Kejadian tertarik langsir sehingga besi penggantung langsir tercabut menjadi punca pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali mula ‘naik hantu’ dan bertindak memukul serta memarahi remaja perempuan sindrom down yang dikenali sebagai Bella.

Yasmin Nahar Mahmood, 19, penghuni Rumah Bonda, memberitahu Mahkamah Sesyen hari ini bahawa Siti Bainun mula mendera remaja itu secara fizikal pada Mac 2021.

Semasa pemeriksaan balas oleh peguam Asiah Abdul Jalil yang mewakili Siti Bainun, saksi pendakwaan kelima itu berkata susulan kejadian tertarik langsir itu, Bella diberi layanan berbeza oleh tertuduh yang dipanggil bonda oleh remaja itu.

Saksi dedah punca sebenar Siti Bainun mula 'naik gila' pukul Bella

Asiah: Pada bulan Mac, apa yang berlaku sehingga menyebabkan Siti Bainun tak suka pada Bella?

Yasmin: Bella masuk bilik kedua, dia tertarik langsir sampai putus, bila Siti Bainun tahu, dia marah dan pukul Bella.

Asiah: Bilik siapa?

Yasmin: Bilik tidur saya dan adik-adik saya yang lain.

Ditanya peguam itu selepas kejadian tersebut, adakah Bella terus didera dengan air panas, Yasmin berkata: “Didera tetapi belum disimbah air panas”.

Yasmin juga mengekalkan keterangannya sebelum ini bahawa Siti Bainun menyuruhnya menyimbah air panas ke atas Bella sebanyak tiga kali seminggu menggunakan cawan plastik yang tidak bertangkai berwarna kuning dan picagari.

Selain itu, Yasmin turut mengekalkan keterangannya sebelum ini bahawa Bella akan dibogelkan, diikat dan dibaringkan sebelum dicurahkan air panas berwap daripada mesin air pada bahagian tertentu badan remaja itu.

Asiah: Jika Bella dibogelkan sebelum dicurah air panas, kenapa bahagian punggung tidak kena?

Yasmin: Sebab masa itu, Bella pakai pampers (lampin pakai buang).

Semasa ditunjukkan gambar kecederaan pada badan Bella, Yasmin menyatakan parut yang jelas kelihatan adalah di paha kanan, pergelangan kaki dan lutut akibat kesan dipijak.

Yasmin turut bersetuju dengan cadangan peguam bahawa kejadian dera itu berlaku di bahagian bilik dobi, ruang tamu dan tandas di rumah tersebut, namun saksi itu tidak mengetahui motif Bella didera.

Kepada soalan lain, Yasmin memberitahu beliau tidak pasti sama ada jiran di kondominum (tempat Bella tinggal) ada mendengar atau melihat remaja itu didera antara Mac hingga Jun 2021.

Bagaimanapun, saksi itu bersetuju dengan cadangan peguam bahawa jika pintu gelongsor di ruang tamu dibuka, sesiapa sahaja boleh mendengar jeritan kanak-kanak menangis atau muzik daripada jiran-jiran sekeliling.

Siti Bainun, 30, menghadapi dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini antara Februari dan Jun 2021. Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi bersambung Rabu depan.

Baca Lagi:

Suara sebenar Paderi Firaun kini boleh didengari, sangat menyeramkan!

Penduduk Argentina digempar dengan fenomena jutaan nyamuk berbentuk puting beliung

Mayat tidak dijumpai, 3 sahabat kekal ke tali gantung

CATEGORIES