Selepas ditangkap hina islam, penulis bertaubat tak mahu lagi tulis pasal islam

Selepas ditangkap hina islam, penulis bertaubat tak mahu lagi tulis pasal islam

Selepas ditangkap hina islam, penulis bertaubat tak mahu lagi tulis pasal islam.

Penulis Uthaya Sankar SB yang dilokap kerana didakwa menghina Nabi Muhammad berkata dia tidak akan lagi menulis apa-apa tentang Islam.

“Saya memang baca tentang Islam tapi lepas ini memang saya bertaubatlah dan kena jauhkan diri dari Islam dan juga tulis apa-apa pasal Islam dan itu yang sebaik-baik,” katanya kepada Malaysiakini sebaik sahaja dibebaskan.

Semalam Uthaya bermalam di lokap ibu pejabat polis daerah Dang Wangi susulan hantaran yang di media sosialnya pada 7 April lalu yang didakwa berunsur penghinaan terhadap Nabi Muhammad.

Selepas ditangkap hina islam, penulis bertaubat tak mahu lagi tulis pasal islam

Dia disiasat bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan (menyebabkan suasanan tidak harmoni atas alasan agama) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian).

Bagaimanapun, polis hari ini gagal mendapatkan perintah reman empat hari dan Uthaya dibebaskan sekitar jam tiga petang tadi.

Sementara itu, mengulas pengalaman kali pertama bermalam di lokap, Uthaya berkata semuanya baik.

Tambahnya, layanan pihak berkuasa kepadanya juga sangat profesional.

“Ini kali pertama saya tidur di lokap. Tiada masalah, saya tidur nyenyak. Lokap juga dalam keadaan bersih dan terjaga,” katanya,

Soalan-soalan yang ditanya juga adalah soalan lazim semasa siasatan polis.

“Soalan-soalan yang ditanya pula macam betul ke awak yang muat naik hantaran tersebut? Adakah hantaran tersebut dibuat dengan sukarela? Di mana hantaran tersebut dibuat?

“Adakah hantaran dibuat menggunakan telefon bimbit dan lain-lain, soalan-soalan biasa saja,” tambahnya.

Baca Lagi:

Suami isteri terkejut akaun bank ada RM208 bilion

Pemuda ini sanggup berhenti kerja Offshore demi menjaga ibunya, tak sangka ini rezeki yang datang tak putus-putus

Dunia islam telah kehilangan seorang Ulamak hebat yang mengislamkan 100000 ribu orang, bina 401 buah Masjid

CATEGORIES